type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2

Nuffnang Ads

Friday, January 13, 2012

Video : Ceramah /Tazkirah Menarik Dari Pesakit Jiwa

                      Jangan lah kita nilai si penyampainya tapi nilai lah dari apa yang di sampaikan nya.

Thursday, January 12, 2012

Video Askar US kencing mayat Taliban..

.
United Nation Marine Corps sedang menjalankan siasatan terhadap video menggemparkan yang baru sahaja di muat turun di You Tube semalam oleh The Pirates Copy.

Video tersebut menunjukkan anggota Marin dengan lengkap berpakaian tentera membuang air kecil diatas mayat pejuang taliban yang terbunuh.

Individu misteri yang memuat turun video tersebut berkata 4 anggota yang membuang air kecil pada mayat pejuang taliban tersebut adalah dari pasukan skuad sniper team 4 bersama anggota marin dari batalion ke 3 pasukan marin.

Didalam video tersebut juga menunjukkan anggota tentera terbabit berkata, " Semoga menjalani hari yang indah, kawan", sambil membuang air kecil keatas mayat pejuang taliban tersebut. Manakala seorang lagi anggota tentera berkata, "Keemasan seperti air pancut".

Bagaimanapun jurucakap pasukan marin, Kapten Kendra N. Hardesty berkata, "Kesahihan dan kebenaran video ini masih didalam siasatan. Video ini juga tidak menunjukkan sikap dan etika sebenar anggota marin didalam pasukan kami"

Beliau juga berkata, "Kami akan menjalankan siasatan secara terperinci terhadap video ini dan jika terbukti tindakan keras akan diambil terhadap tindakan anggota tersebut"

Sunday, January 8, 2012

Hiburan di majlis kahwin

  Salam 2012,

salam tahun baru dan salam satu Malaysia. hehehe. dah lama nak menulis tapi skrg br datang seru.  Nak kisahkan sedikit, Semalam semasa menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara di Kg. Sg. Jai, terhibur pula mendengarkan dendangan kumpulan cak lempong dan band yang dijemput khas hari tu.  apa yang istimewanya? pada saya lagu2 minang yang dipersembahkan sungguh mengasyikkan sekali. Didendangkan secara live oleh penyanyinya yang bersuara merdu saling tak tumpah dengan suara Elly Kassim penyanyi dari tanah seberang.

Walaupun lagu yang disampaikan lagu lama, tapi malar segar.....indahnya.


Seronok juga bila bertandang ke majlis kahwin sebegini, sebab dapat bersua muka sanak saudara yang lama tak bertemu.  Cuma agak ralat juga kerana tak dapat banyak berbual.  Bunyi speaker yang keterlaluan kuat,   Perkara ni memang sentiasa berlaku di mana-mana majlis kahwin, sepatutnya lagu-lagu yang didendangkan menjadi penyeri majlis tapi para hadirin tak berpeluang nak bertegur sapa dan berbual panjang dek bisingnya bunyi muzik.  Harap nanti biarlah pengusaha atau jrurteknik P. A system majlis kahwin ambil kira akan hal ni.  maklumlah majlis bukannya dibuat di padang sekolah, cuma sekadar di halaman rumah sahaja.

oklah cukup sampai di sini sahaja, apa2 hal akan menulis lagi.

sayonara,

VIDEO PENUH USTAZ AZHAR IDRUS vs ZIZAN RL AMBANG 2012

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk mendengar ceramah santai Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan Raja Lawak di ambang sambutan tahun baru 2012 kat Shah Alam.


Soalan 1:
Apakah hukum countdown newyear

Soalan 2:
Apakah hukum main bunga api

Soalan 3:
Langgar lampu merah dibolehkan?

Soalan 4:
Betulkah alat muzik itu najis?

Soalan 5:
Kalu suara isteri xsedap..kena nyanyi hiburkan suami jugak ke?

Soalan 6:
Pendapat Ustaz mengenai hiburan?

Soalan 7:
Orang perempuan xwajib pakai tudung

Soalan 8:
Batalkah solat jika anak kecil naik atas riba ketika sedang tahiyat awal?

Soalan 9:
Bakpe Ustaz ngn Zizan tak masuk Raja Lawak

Soalan 10:
Hukum tengok cerita hantu?

Soalan 11:
Nak derma RM10..tp termasuk RM50. Boleh minta balik tak duit tersebut?

Soalan 12:
Kenapa wanita suka berbelanja?

Untuk lihat secara live keadaan trafik terkini kat highway

Thursday, December 8, 2011

KONVOKESYEN OUM KE 11

Selamat berkonvokesyen buat pelajar OUM khasnya buat rakan-rakan seperjuangan mamashima ambilan khas 0ktober 2007, yang akan berkonvo bersama-sama pada 10,11 dan 12 Disember 2011.  


Tahniah buat kalian.


Pejam celik, pejam celik berakhir sudah kisah suka duka kita mencari ilmu sebagai mahasiswa lewat usia dengan rasminya.  Biarlah apa orang nak kata kerana kita pelajar OUM, kerana kita tahu kita ke sana untuk belajar, kita merasa membuat asignment, merasa dimarah oleh tutor (pedihnya sebab kita pun bukan muda lagi, maka sensitif tu dah jadi sensitap), pergi buat kajian diluar huhuhu yang rasanya tak relevan dengan keadaan kita yang bekerja ni.  Yang orang tak tahu, ada ketika kita jadi student kita juga yang mengajar diri kita dan kawan-kawan kita dalam kelas.  KELASS KAU MARIA.  Tutor tokok tambah je apa yang patut.  Memang pembelajaran kendiri.  Kita juga merasa cabaran perit semasa nak mengambil peperiksaan.  Dalam masa yang sama kita sibuk nak menelaah buku, anak-anak dan suami, menuntut perhatian kita.  Boss-boss kita pula sangat tinggi harapan dan tuntutan terhadap kita.  Janganlah buat alasan sibuk nak study ke exam ke asignment ke, pasti secepat itu juga kita diingatkan bahawa syarat kita dibenarkan belajar ialah dalam masa yang sama, kita perlu memastikan tugas kita tidak terjejas.




Pada masa-masa tertentu, Saya  dan beberapa kawan merasa duduk 3 hingga 5 jam mengadap face to face dengan tutor.  Dah jadi macam tutorial peribadi pulak.... fuhh KELASS Kau.  Bagi saya subjek sains politik, tamadun islam, tamadun dunia, antropologi dan sejarah kini menjadi sejarah.  Bercinta rasanya nak gi kelas sebab tajuk ni seronok kalau dibincangkan beramai-ramai.  dah berbincang berdua je dengan tutor, waduh bosannya.  tapi kami sama-sama cuba mengurangkan kebosanan dengan berhenti sekejap, minum2 atau makan2 hehehe. makan bekal yang ada dibawa je.  sampai tutor pun ada cakap kalau awak lelaki, kita duk bincang kat kedai mamak je pun tak pe. hehehhe.  Nasib baik saya perempuan kan, kalau tak habislah duit asyik duk kedai makan je dengan pensyarah setiap dua minggu sekali pagi sampai petang.  hehehe .


Paling serik apabila anak-anak demam, dalam masa yang sama nak pergi ke kelas , konflik sungguh.  Bagi saya yang bernasib baik ni, kredit untuk ibu bapa saya Noor Aishah binti Abd, Rauf dan Hassim bin Hussin.  Merekalah penyelamat , memandangkan kami suami isteri sama-sama belajar. Mereka sanggup membatalkan program mereka supaya dapat menjaga kelima-lima putera saya semasa saya dan suami ke kelas.  Terima kasih mak dan abah, berjuta-juta terima kasih.


Kalau nak diceritakan, tak tertuliskan.  Itulah di antara cabaran yang perlu dihadapi.  buat rakan-rakan guru yang masih belum menyambung pelajaran, sahutlah cabaran, jangan pandang rendah diri kita seolah-olah kita tiada kemampuan dan kekuatan untuk melakukannya.  Sebenarnya anda boleh.  Syabas kak Aishah, Salwah, Kamilah, teman baik sepersekolahan dahulu Adilla, kini sedang berhempas pulas dengan dunia asignment. Dan Noraidah, yang baru memohon saya harap anda berjaya dalam permohonan dan saya yakin anda akan berjaya.  Tempoh 4 tahun tu sekejap aje, percayalah saya sudah melaluinya.  Dan ramai lagi rakan lain yang telah melaluinya malah dengan cabaran yang lebih hebat seperti bersalin, mendapat penyakit kronik seperti kanser, bercerai malah ada yang kematian pasangan hidup dan sebagainya.  Tetapi semua berjaya sampai ke garisan penamat.  Tiga kali tepukan untuk kalian di bahu masing-masing.
Buat para pensyarah @ tutor, jasa kalian kami kenang sampai bila-bila, ilmu yang dicurah akan kami manfaatkan sebaik-baiknya.  Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi kalian. 


Sekian buat kali ini.  

Wednesday, November 16, 2011

CINTAKU KANDAS DI RERUMPUTAN


Aku mulai resah menunggu engkau datang
Berpita jingga, sepatu hitam
Kau bawa cinta yang kupesan ho...
Aku mulai ragu dengan keberanianku
Berapa cinta kau tawarkan?
Berapa banyak yang kau minta? Ha
Aku merasa terjebak dalam lingkaran membiusku
namun dorongan jiwa tak sanggup kutahan
Iblis manakah yang merasuk
aku memilih cara ini?
Mungkin karena 'ku merasa tak punya apa-apa
Dan ketika engkau datang
aku pejamkan mataku
Samar kudengar suaramu lembut memanggil namaku
Seketika sukmaku melambung
Kuputuskan untuk berlari menghindarimu sejauh mungkin
Cintaku kandas di rerumputan
ho ho ho ho ho ho ho ho ho
du du du du du du du du du
du du du du du du ho ho ho ho
du du du du du du du du du du du du du du du
Aku mulai sadar cinta tak mungkin kukejar
Akan kutunggu, harus kutunggu
sampai saatnya giliranku
Dan ketika engkau datang
aku pejamkan mataku
Samar kudengar suaramu lembut memanggil namaku
Seketika sukmaku melambung
Kuputuskan untuk berlari menghindarimu sejauh mungkin
Cintaku kandas di rerumputan
ho ho ho ho ho ho ho ho ho
du du du du du du du du du


Tuesday, July 26, 2011

Dari Kerana Mata...........

Sat sat nak fikir sat,


Tadi mencurah2 ilham datang, konon nak tulis kat blog ni ha.  Alih-alih bila buka notebook ni "hang" lah pulak. Sekarang dah turun ke bawah, langsung lupa nak tulis apa.  tapi tak apa sy cuba sedaya upaya untuk mengingat  kembali,apakah cerita yang nak dikongsi di sini.


Ohh ya baru saya teringat,


Ceritanya ialah tentang dari mata ke mata. Dari mata jatuh ke hati. Begitulah kata-kata orang tua-tua dahulu.


Teringat zaman persekolahan dahulu,  semasa saya masuk ke tingkatan satu, selalu ada usrah kecil-kecilan di asrama putri.  Ketua usrah ni biasalah terdiri daripada kakak-kakak senior.  Antara isi usrah yang saya ingat lagi ialah tentang zina.  Dahsyat kakak-kakak zaman dahulu.  Form three lagi dah pandai bagideramah tentang  zinai. Masih ingat lagi apa bila kakak senior tu menceritakan bahawa zina itu ada permulaannya.  Tanpa permulaan zina tidak akan berlaku.  Jadi kami pun tanyalah apakah permulaan zina itu, menurut beliau, permulaan zina yang paling bahaya ialah datang dari zina mata.  Hah tekejut jugak kami, macam mana mata boleh berzina.  rupa-rupanya zina mata bermula dari berpandangan mata di antara si jejaka dengan si perawan.  Makanya, dipendekkan cerita sejak itu kami berusaha mengawal mata agar tidak berpandangan dengan rakan-rakan lelaki. Takut dapat dosa zina. Perangai ini sampai sekarang saya bawa.  Cuma dahulu agak keterlaluan akibat pemahaman melampau sikit masa tu.  Dulu kalau berjalan sentiasa tunduk ke tanah sampaikan mak saya tegur kenapa lah sejak balik dari asrama tak pandai nak berjalan dengan mata pandang ke hadapan.


Seiring dengan peningkatan umur , saya mula memperbaiki diri kerana teguran-teguran ahli keluarga.  Saya mula memandang muka orang yang saya lawan bercakap.  Saya belajar untuk melihat wajah seseorang itu secara menyeluruh (masih cuba mengelak dari bertentang mata),  Keburukannya, saya susah nak ingat muka orang secara terperinci. tapi apa boleh buat dah jadi tabiat.


Dua tahun lepas, seorang tokoh pidato datang ke sekolah saya untuk memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid tahun enam.  Dato’ Dr. Syed Ahmad Bin Syed Samsuddin Al-Saggof seorang tokoh pidato Nusantara.  Saya perasan (perasan pulak dahh) semasa beliau berceramah, beberapa kali , dia bersabung mata dengan saya.  Perhhh terkesan dengan sikapnya , saya mula memberikan tumpuan kepada ceramah ketika itu, walaupun kepala saya tengah sibuk memikirkan agenda seterusnya kerana majlis itu di bawah kelolaan saya.


Langsung saya perhatikan, murid-murid tahun enam mendengar ceramah beliau dengan khusyuk walaupun memakan masa dua jam.  Kalau menurut kebiasaan murid sekolah rendah ni, sejam itu ibarat duduk di atas bara yang panas.  Saya perhatikan Yang berbahagia Dato Syed Ahmad ni, dengan intonasi suara yang sering berubah-ubah, saya perasan beliau sentiasa membuat eye contact dengan pendengarnya. Ya ...saya sendiri merasakan kesan daripada eye contact tersebut.  Saya lihat beliau berusaha  untuk membuat hubungan mata dengan setiap murid termasuk guru yang hadir duduk dihadapan mahupun Guru Besar yang duduk dibelakangnya iaitu di meja utama sambil bercakap .  


Dengan itu, saya membuat kesimpulan, hubungan mata dengan audien amat penting.  Kerana dengan adanya hubungan itu audien merasakan dirinya sentiasa diperhatikan  dan juga merasakan dirinya dihargai dan istimewa.  Pada saya apabila mendapat perhatian daripada penceramah secara tidak langsung saya merasakan apa yang disampaikannya adalah penting dan saya perlu mendengar dengan teliti.


Maka, mulai hari itu saya mula mengadakan hubungan mata dengan murid-murid saya,  Semasa bercakap saya berusaha untuk bersabung mata dengan mata setiap orang murid.  Dan hasilnya saya dapati , semua mata memerhatikan saya dengan minat.  Alhamdulillah.  sekarang sedang menjadikan amalan ini tabiat di dalam kelas.


Baqi yang telah melakukannya tahniah, anda advance daripada saya.  Saya baru sahaja mendapat ilmu ini dan baru je nak memulakannya.  Bagi yang belum buat cubalah, terutama sekali jika anda seorang guru.  Jika kita mahu mendapat perhatian , kita hendaklah memberikan perhatian dahulu kepada orang itu,
Akhirul kalam..PERHATIAN!!!!!!.......................SAYA......................
byee