type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: May 2010

Nuffnang Ads

Saturday, May 1, 2010

Suka dalam duka melahirkan bayi sulungku.

Esok 3 Mei menyebabkan diri merenung akan perjalanan hidup saya sejauh 40 tahun ini.  sambil membelek album lama terpandang gambar yang benar-benar menyentuh perasaan. yang mana 18 Disember 1995 merupakan tarikh keramat yang membahagiakan namun dalam masa yang sama mengundang duka dan kesedihan di dalam kehidupan ini. Bahagia kerana itulah detik yang menandakan betapa diri telah memasuki satu lagi fasa kehidupan selepas perkahwinan iaitu menjadi ibu.
Ironi sepatutnya diri ini  bergembira tetapi sebaliknya berduka.  anak sulung yang dilahirkan normal, lemas sejurus selepas melepaskan tangisan pertama.  tubuhnya yang putih gebu berubah menjadi warna biru kehitaman.  itulah yang dilihat semasa diri saya berada dalam keadaan lemah selepas melahirkan
Ahmad Karomi Sidqi dimasukkan ke unit Neonatal Infants Care Unit (NICU)  dia terpaksa bergantung kepada mesin jangka hayat, lantaran dia tidak boleh bernafas secara sendiri. 
Ketika saya dimasukkan ke wad ibu bersalin , saya masih tidak tahu keadaan bayiku itu.  suamiku  ketika itu  berada di Sabah kerana sessi persekolahan telah bermula dan meninggalkan saya di kampung untuk bersalin di bawah penjagaan orang tuaku. Sebaik sahaja dia mendapat berita akan keadaan saya yang telah selamat melahirkan dia bergegas kembali ke semenanjung menempuh perjalanan 3 jam dari Keningau ke Kota Kinabalu untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.  Sewaktu melawatku di wad, terpancar wajah sedihnya,  kedua orang tuaku tidak punya kekuatan untuk menyampaikan perihal keadaan cucu sulung mereka itu lantas meminta agar suamiku menyampaikan keadaan sebenar bayiku di NICU
Saya masih yakin bahawa bayiku berada di dalam keadaan baik kerana sewaktu bertanya kepada jururawat di wad bersalin dia menyatakan bahawa bayiku diletakkan di wad bayi untuk pemantauan.
Tatkala melihat anakku. lemah segala tubuh, mulutnya dimasukkan alat pernafasan bersambung dengan alat ventilator.  tangannya diikat ke pintu inkubator kerana dia melawan cuba menarik keluar saluran pernafasan dimulutnya.  di tangan dan kaki juga dimasukkan ubat melalui saluran darah, alat pengesan jantung di letakkan di dadanya, alat pengesan nadi dipasang di kakinya.  warna kulitnya kebiruan yang mana menurut doktor menunjukkan dia kekurangan oksigen walaupun sudah bersambung dengan ventilator dada sebelah kiri ditebuk dan dimasukkan saluran yang disambungkan kepada sebuah botol yang berisi air.  Sebabnya ialah untuk mengeluarkan udara dari dari dalam rongga dadanya. 
Sebulan di NICU dua kali bayiku nazak,selama beberapa tahun saya menjadi fobia mendengar bunyi deringan telefon.  kerana sewaktu dia berada dalam keadaan nazak jururawat menelefonku di rumah.  kami sekeluarga bergegas ke hospital,  saat yang tidak dapat dilupakan kulitnya berwarna biru kehitaman, walaupun dilarang masuk ibu bapaku nekad melanggar peraturan masuk ke wad NICU kerana ingin melihat wajah cucu sulung mereka yang selama ini hanya dilihat dari tingkap luar NICU.  selepas mencuci tangan kami bergilir2 mengusap2 bahagian tubuh bayiku mana yang dapat sambil membacakan ayat2 alquran melalui pintu inkubator.  Tidak lupa juga kami memberikan kata-kata semangat kepadanya walaupun dia tak mungkin faham tapi kami percaya sentuhan dan kata-kata dorongan dapat memberikan semangat kepadanya untuk berjuang meneruskan hidup.
Tidak berapa lama kemudian bacaan jantungnya meningkat dan warna kulit tubuhnya beransur-ansur bertukar menjadi warna asal.
Its miracle kata Dr Bee Boon Peng, pakar kanak-kanak Hospital Besar Seremban.  Dialah doktor yang selalu memberikan ku semangat.  "Doktor tolonglah buat yang terbaik untuk anak saya, dialah anak pertama saya dan saya tak mungkin tahu kalau dia yang terakhir". kata-kata dorongan Dr Bee "Saya cuba lakukan apa yang saya boleh buat, kami sentiasa cuba buat yang terbaik,  tapi awak mesti berdoa sebab hanya tuhan yang boleh menyembuhkan dia".
Dalam keadaan depression, kata-kata itu menjadi kata-kata hikmat buat saya.  Ketika itu juga saya terpaksa menangguhkan pengajian di Maktab Perguruan Keningau.  Didalam surat sokongan doktor Bee memberitahu bahawa anak saya mengalami penyakit "Broncho Pulmonary Dysplasia" dan berada di dalam keadaan tenat.. Nama yang tak mungkin saya lupa.