type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: January 2011

Nuffnang Ads

Wednesday, January 26, 2011

Dan.......rindu ini..




Salam rindu,

rindunya...

HAri ni sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah, dengar saluran radio kegemaranku, Hot FM. tatkala kedengaran lagu Hujan "Bila Aku Sudah Tiada"mengalir airmata kesedihan.Lagu ni memang membuatkan saya merasa sedih sejak pertama kali saya dengar beberapa tahun lalu.

Masa tu lagu baru diputarkan di radio, mama baru jek kehilangan seorang yang amat di sayangi bukan saya sahaja, bahkan seluruh ahli keluarga kami. Allahyarham Mohd Firdaus bin Mohd Ali Amran(ALfatihah buatnya. Salah seorang sepupu lelaki daripada beberapa kerat sahaja lelaki di antara sebilangan ramai sepupu perempuan (keluarga kami memang ramai perempuan)

Arwah meninggal dunia akibat penyakit misteri setelah menderita selama beberapa bulan. Sedih mengenangkan arwah kerana masa dia sakit tu dia baru je dapat kerja di SIRIM. Tak sampai beberapa bulan bekerja musibah menimpa. Pada mulanya setelah beberapa lama sakit dia beransur sembuh. Sempat mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya. Namun apakan daya, beberapa bulan selepas itu arwah menyahut panggilan ilahi.
Daus, rindu along kat Daus, rasanya belum puas melihat detik-detik indah dalam kehidupan Daus, Daus sudah meninggalkan kami. along doakan Daus semoga ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan dikasihi Allah. Daus Pergi buat selama-lamanya dalam usia indah remaja iaitu pertengahan usia 20 an. Kalau boleh ingin menatap gambar Daus, tapi apakan daya gambar daus tiada dalam simpanan.

Belum sembuh luka di hati dengan pemergian Daus, menyusul pula Allahyarham Zulkifli bin Jaafar, sepupu kami juga. Jatuh sakit semasa dalam perancangan untuk mengikat tali pertunangah dengan buah hatinya. Oleh kerana, arwah sedang terlantar maka majlis ditangguhkan. Jui panggilan keluarga terlantar di Hospital Selayang sehingga menghembuskan nafas terakhir dalam usia 29 tahun ,kalau tak silap. Along rindu juga kat Jui, kami pendamkan rindu kami buat Jui dengan iringan doa semoga Jui bahagia di sana. Kami kehilangan seorang lagi ahli lelaki dalam keluarga kami. Di saat meniti kebahagiaan hidup, Jui kau pergi jua meninggalkan kami didalam kesedihan disebabkan oleh penyakit misteri itu.

Hari Raya Haji hari yang kedua 2009, sekali lagi kami dikejutkan dengan pemergian seorang lagi sepupu lelaki, Hisyam Md. Zain, dalam usia 27/28 tahun. Kematian misteri yang masih menyedihkan dan meninggalkan trauma buat kami sekeluarga. Dia dijumpai meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan di dalam proton wira kesayangannya. KAmi sekeluarga bingung kerana dia seorang yang sopan, lemah lembut, suka menolong orang(dikuatkan lagi oleh cerita dari orang-orang yang pernah ditolongnya.)punya kerjaya yang menjanjikan masa depan yang cerah di Pos Malaysia. Siapakah? haiwan bertopengkan manusia yang sanggup meragut nyawanya tanpa belas kasihan? Kes masih lagi tergantung. Saat-saat akhir masa hari raya pertama dia sangat ceria, sibuk mengambil gambar-gambar keluarga, tetapi tidak ada satupun gambarnya ditinggalkan. Sham macam mana kami nak lepaskan kerinduan kami kerana hanya dapat menatap gambar-gambar lama je. saat gembira yang terakhir hanya tinggal di dalam ingatan kami sahaja.

rindu ini juga mengajar bahawa mati itu pasti, ternyata seorang lelaki dalam keadaan fizikal terbaik di dalam keseluruhan usianya, tidak dapat lari daripada ajal. Tidak kira walau betapa canggihnya manusia di dalam dunia perubatan, masih ada juga penyakit yang tak mampu dihuraikan oleh sains. Betapa kerdilnya manusia di sisi Allah.
Sering kali kita rasa apabila kita menjalani kehidupan yang baik, tak mungkin ada orang yang akan berniat jahat terhadap kita. tapi kita harus insaf bahawa dunia ini mengandungi bermacam-macam ragam manusia, ada juga manusia yang merasakan hidupnya tidak tenang apabila melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Orang seperti ini hanya akan menjadi tenteram setelah dapat melihar orang yand dibencinya hancur dan musnah. Dia lupa atau buat -buat lupa bahawa sepertimana dia. orang lain juga mempunyai ahli keluarga yang menyayangi mereka. Manusia kejam ini hidup hanya di atas penderitaan orang lain.
Buat arwah adik-adik along, along akan sentiasa mengingati kalian dan mendoakan kalian setiap kali rindu ini datang menerjah.
AlFatihah., AlFatihah, AlFatihah

Saturday, January 22, 2011

Yang mana satu betul

Salam citra,

Seseorang pernah bertanya apa yang patut dilakukan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah atau cabaran.


Apabila memberi nasihat kepada orang, biasanya kita akan mudah memberikan idea yang bernas. Tetapi apabila kita sendiri berhadapan dengan masalah mulalah kita merasa buntu, keliru, berserabut dan sebagainya.

Masalah yang timbul ni kadang kala disebabkan oleh orang lain ke atas kita. Dan biasalah juga disebabkan oleh kita sendiri, rasanya itulah punca masalah yang paling kerap berlaku

Banyak sebab kita mengapa kita keliru, berdasarkan pengalaman diri, ego kitalah penyebab kita sukar nak menyelesaikan masalah, walaupun kita tahu jalan penyelesaian. Ada juga, disebabkan kita tidak dapat memberi kepercayaan kepada orang lain untuk membantu diri kita,. selain ego , kita tahu bahawa dalam dunia ni bukan semua orang boleh dipercayai, silap silap kita pulak akan ditikam dari belakang.

Ada juga pendapat mengatakan terlalu banyaki berfikir juga menyebabkan jalan penyelesaian menemui jalan buntu.




Lamtas? apakah sifir atau formula yang dapat memecahkan kebuntuan kita?

adakah:

1. mengambil tindakan yang kita rasakan betul itu betul?
2. atau mengambil tindakan berdasarkan apa yang orang lain rasa betul itu yang betul?

atau adakah sifir / formula yang lain. Saya tertanya-tanya........

p/s : buat seseorang yang dikenali...kalau awak terbaca akak nak titipkan sedikit pesanan untuk awak....

JAngan lah mudah menyerah kalah, kehidupan memang begitu, segala masalah datang dan pergi perlu kita harungi. Ibarat lautan kehidupan, kalau kapal kita karam, kita harus terus berusaha berenang ke tepian pantai, kalau kita terus berputus asa kita kan terus tenggelam ke dasar.. Gagahkan diri, kuatkan hati carilah pertolongan . Inshaallah. Masalah yang datang bukan untuk menjatuhkan kita tetapi bagi membolehkan diri kita muhasabah diri kita dan mencari kesilapan diri untuk diperbetulkan lantas menjadikan kita lebih matang merentasi kedewasaan usia kita.

Wednesday, January 19, 2011

Kenapa saya minat sangat drama ni

Salam ceria,
Tadi masa duk kat dapur sambil buat apa yang patut dan sambil fikiran tu melayang-layang teringatkan drama http://www.mysoju.com/sungkyunkwan-scandal/ .  Cuma memikirkan kenapa saya sangat sukakan drama ni berbanding drama-drama yang lain.



Sebenarnya, saya ni memang peminat apa-apa sahaja berunsurkan sejarah dan budaya. Cerita ini mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di sebuah universiti pada era Joseon, ratusan tahun dahulu. Pada zaman tu kaum wanita dihalang untuk mendapatkan pendidikan. Kisahnya seorang gadis Kim Yoon Hee(KYH), anak seorang bekas professor yang telah meninggal dunia terpaksa mencari nafkah hidup untuk membantu ibu dan adik lelakinya yang sakit. KYH menyamar sebagai lelaki dan menggunakan kebolehannya dalam menulis dan membaca dengan mengambil upah menyamar sebagai calon peperiksaan khas untuk ke universiti. Dalam proses tu dia berjumpa pula dengan anak tunggal seorang Menteri, Lee Sun Joon (LSJ) yang sangat berpegang kepda prinsip dan ajaran Confucius.

Menyedari KYH mempunyai kepintaran, dia membantu KYH agar mengambil pepriksaan itu di atas namanya sendiri dan berhenti menyamar. KYH terpaksa menggunakan nama adik lelakinya Kim Yoon Shik(KYS)dan berlakulah macam-macam insiden kerana kedudukan KYS yang menyamar sebagai lelaki tu dan terpaksa berkongsi bilik dengan Lee Sun Joon anak menteri kiri maharaja, seorang yang serius  dan Moon Jae Shin anak lelaki kedua Menteri Kehakiman seorang yang ganas dan panas baran. cerita ni ada unsur sejarah, kelakar, cinta, politik, moral , dan persahabatan.

Bagi saya yang kelakar ialah apabila LSJ menjadi bimbang dan risau kerana takut menjadi gay sebab dia jatuh hati pada KYS, sedangkan KYS tu perempuan. Berlaku konflik di situ.

Watak yang paling saya jatuh hati, Moon Jae Shin (MJS), anak menteri kehakiman yang mengulang tiga kali. Seorang yang ganas, panas baran dan dia yang pertama tahu KYS tu perempuan. Gelihati tengok dia rasa tersiksa kerana terpaksa tidur sebilik dengak KYS dan LSJ setiap malam. Walaupun macho dan agresif tapi apabila berhadapan dengan perempuan MJS ni pasti tersedu(hiccup). Ha ha ha kelakar tengok watak ni sebab terpaksa menahan diri dia daripada tersedu apabila bersama KYS. Selain itu terdapat watak Yeorim seorang yang agak playboy dan dia ni suspicious sangat dengan KYS ni sebab personalitinya yang macam perempuan.

Saya enjoy tengok cerita ni, dapat tengok suasana zaman dahulu, terdapat kelompok sosial yang berbeza. Dalam cerita ni keempat watak menggambarkan empat kelompok sosial yang sepatutnya tak boleh hidup bersama. Tetapi keempat ini berkawan baik dan saling tolong menolong dan melindungi. Mereka sering di salah anggap oleh kelompok pelajar yang lain.

Drama ini dapat menarik penonton untuk menjiwai perasaan watak. contohnya, MJS sangat sukakan KYS tapi dia tak dapat luahkan perasaannya. melindungi KYS tanpa pengetahuan KYS, penonton dapat merasa kesedihan si ganas ini apabila melihat KYS bahagia bersama LSJ. Berdasarkan komen2 peminat cerita ini di YOUTUBE mereka sangat simapati dan meminati watak MJS walaupun ianya cuma watak pembantu sahaja. Begitu berkesannya, lakonan Yo0 Ah In. Dia lebih menonjol daripada watak-watak utama . Sampaikan ada peminat yang menonton cerita ni kerana minat dengan LSJ(Micky Yuchun) berkesudahan jatuh cinta kepada MSJ( Yoo Ah In)

p/s ok nak gi youtube nak cari filem lakonan Yoo Ah In, "Boys of Tomorrow", menarik juga dengarnya. Rupanya Micky tu dah dua kali datang buat persembahan di Malaysia.  Terkenal sebagai penyanyi solo dan kumpulan JYJ.  tapi derang orang Korea ni banyak nama, di Jepun nama lain, dan dia ni macam ada lebih dari satu kumpulan.  hmm tak faham den.

JOM GEGAR BLOG

ha...saya dah lama mengikuti blog ni cuma kekerapan tu bergantung kepada kekerapan saya melayan internet. menarik bagi saya kerana ada ummpph!.. apa ummnya? cubalah ke link yang dimasukkan di sini.





selamat melawat dan menziarah Ben Ashaari punya blog.

Sila klik URL ini

p/s hmm encik Ben tak kira walaupun dah tutup saya tetap nak join gak. tak mainlah nak nangis2 ni.

Ohhhh Obsesiku

Salam comel,




Buat pengunjung yang dikasihi ( keh3 ada ke pengunjung)Rindu rasanya kat blog ni. Lama tak menjenguk dan menghupdet. Maklumlah awal tahun banyak keroje nak dikejarkan. Anak-anak dah start sekolah balik, maknya pun terpaksa kembali ke alam nyata semula setelah sebulan lebih bermimpi.

Berbalik kepada obsesi terbaru. ini pun satu punca kenapa lama tak berblog. Lantaran akibat ter ya bukan sengaja. iaitu tertengok cerita Korea. My Daring Woman. maka terpaksalah saya melayari mysoju.com. nak tahu kenapa terpaksa? sebabnya nak tengok citer tu sampai habis tanpa perlu menunggu ianya tamat di talibesen HD Korea Channel 393. selesai My Daring Woman tengok citer The Man Who Cannot Married dan macam-macam drama lagi. tapi minat macam manapun tak pernah pun tersangkut hati kat pelakonnya melainkan yang satu ni Sangkyungkwan Scandal. Pelakon-pelakonnya memang superb, ekspresi emosi yang dilontarkan amat memberi kesan . PAling minat watak "Moon Jae Shin". Aduh bila tgk gambar2 pelakon nya saya nampak sama je. so camner nak tahu nama sebenarnya. So disebabkan watak MJS tu habihlah keempat-empat watak saya google. Rupanya nama dia Yoo Ah in ataupun nama sebenar Um Hong Sik( siap tahu nama sebenar lak tu tak pornah den buek pe'el camnie) Disebabkan dek Yoo Ah In, saya kenal Micky Yuoochun dll dan wallah den suko semuo. cumell.




huuuuu masih demam SKKS tak selesai lagi mengulangkaji watak dan komen di youtube.

Btw lama tak jenguk blog ni rupanya ada dua orang komen penulisan saya. Bangga rasa hati terima kasih tak terhingga buat yang menjenguk dan menjeling dan juga malah sempat mencorat-coret. Hei gumbiranya rasa dalam hati.....