type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: 2010

Nuffnang Ads

Friday, December 24, 2010

Setelah sekian lamanya, dan terima kasih doc..

salam mesra,
Setelah sekian lama, mengabaikan penulisan di sini.  banyak bahan nak tulis sebenarnya, tetapi alangkah beratnya tangan ni nak menulis.  Nak marah je kat wifi kat rumah ni.  Apa boleh buat technician peribadi bukannya pro , sabar jelah dengan experiment trial n error dia tuh. tp tak kisahlah i luv him very2 the much much. hahaha

Setelah sekian lama, 19 Disember dinanti dan ditunggu.  Perjumpaan bersama rakan-rakan sekolah yang dirancang sebegitu rapi oleh para ahli jawatankuasa akan direalisasikan , tak sabar rasanya.


18 Disember , jam 6 petang masih boleh kirim msj di fb bertanyakan tentang acara keesokkan harinya.  Malam...masuk tidur...dengan batuk2 sedikit.


19 Disember, lewat bangun pagi tu, semalamnya tak dapat tidur, batuk menyerang, badan sejuk mengigil.  Ohhh tidak demam pulak.  Tak apalah pekena panadol ok kot kena sedas dua dalam tempoh lima jam mungkin boleh kebah. demam keterujaan agaknya.  pukul 11.00 pagi masih takde kurang.  Maka dengan dukacitanya diumumkan terpaksa mengurungkan niat untuk hadir ke perjumpaan.  nanti berjangkit pulak kat kenkawan yang tengah seronok bersukaria berjumpa rakan lama atau, kalaupun tidak, nanti hanya merencatkan kegembiraan kenkawan.  lagipun takkan de laratnya nak menanggung kekuatan suhu pendingan hawa Hotel Royal Bintang tu nanti.  maaf dihulur buat kenkawan, sebab tak dapat datang ya.  takde rezeki nampaknya.
Namun masih mendegilkan diri, tak nak pegi klinik.  sebab klinik panel iaitu Klinik Kesihatan Kuarters KLIA ni tgh cuti di hari ahad ni.  tiga kali mengambil suhu, selepas makan ubat. ingatkan turun tapi semakin naik dari 37.5 zoom terus ke 39 celsius.  tak leh jadik ni, bimbang jugak kalau denggi ataupun sekarang ni heboh demam kencing tikus, kat rumah ni banyak kelawar pulak tu.
8.00 malam, pegi jugaklah ke Klinik ******, terkenal kat kuarters ni.
suhu badan 38 celsius, kata doktor, darah tinggi 120/70.  cantiklah tu doktor kan sebab saya memang ada darah tinggi.  puan doktor tanya, ada makan ubat tak? ada....saya kata perindrofil 4mg sekali sehari diikuti nefedefine dua kali sehari serta ubat kencing manis metformin setengah biji sekali sehari.
sebagai pesakit darah tinggi doktor kata ini tak cantik.  sepatutnya kalau demam tekanan mesti naik.  bahaya ni.  malam2 selalu kencing2 tak? tanya doktor.  memang 4 hingga 5 kali saya terbangun buang air kecil.

itu maknanya, awak dah terlebih dos. ubat yang awak makan dah jadi racun, sebab itu buah pinggang awak bekerja keras di waktu malam untuk membuang segala toksin yang dihasilkan oleh ubat.  ADDUH camana ni?  selalu kebas tangan tak?  ada massa2 jugak doktor.  ha..itu maknanya jantung awak dah slow sangat,  dia pam darah ke tangan tak berapa nak sampai.

apa patut saya buat dok?  kurangkan ubat nifedefine kepada 1 kali sehari sahaja.  ubat kencing manis tu tinggalkan aje, kencing manis awak boleh dikawal melalui pemakanan dan exercise. pesakit darah tinggi macam awak normal tekanan di bawah 80 atau 90.  sekarang sakit kepalakan?  ini adalah tekanan darah awak tak cukup untuk menyampaikan oksigen ke otak

dok sy ada makan ubat kolesterol.  tinggalkan sahaja sekarang ni tekanan darah awak 120/70 ibarat longkang besar saluran darah awak tu.  kalau longkang besar,  setakat sampah sikit2 takkan tersumbat.  itu cuma akan membebankan buah pinggang awak sahaja.

hmmm hari tu dapat ubat demam, antibiotik, ubat selesema dan nasihat panjang lebar doktor.  Alhamdulillah dah 4 hari gunakan jadual baru pemakanan ubat,  tidur malam saya lenaaa.  TERIMA KASIH DOKTOR.

Sunday, November 21, 2010

Mekar: Jom Santai dengan Baju Renang Koleksi Aishah!

Mekar: Jom Santai dengan Baju Renang Koleksi Aishah!: "Dengan baju renang Koleksi Aishah, tiada lagi hati yang kecewa tak dapat bergembira bersama tersayang di kolam renang. Setiap baju renang ad..."

Saturday, October 16, 2010

Haramnya babi bukan hanya kerana dagingnya


Kisah yang menarik yang perlu diambil perhatian!!! 

Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata: "Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan moden dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi". 

Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam M. Abduh, beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, "Untuk apa ?, beliau menjawab, " Penuhi permintaan saya! Dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!!!". 

Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling serang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. 

Kemudian Imam M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.

gambar hiasan: google
 
Kali ini mereka menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajat' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina. 
 
Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah' (cemburu) orang yang memakannya. Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. 
 
Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ? Jadi
berhati-hatilah dengan makanan anda... .
 
Moral: REMEMBER... YOU ARE WHAT YOU EAT !!!!....... 
sumber: kiriman email

Wednesday, October 13, 2010

L I W A T

Tak kisahlah siapa salah siapa yang betul.....menyampah betul baca perkataan ni.dengar pun meluat . meloyakan untuk dibincangkan.  masing-masing menegakkan kebenaran well teruskan agenda korang aku tak kuasa nak kisah.  media ni pun satu hal.budak-budak darjah satu pun dah tahu meliwat.

Baru-baru ni, dengar budak-budak dok main-main dengan kawan sambil sebut rogol dan liwat.  kemudian buat aksi liwat pada beg budak pompuan yang ada gambar patung barbie tu.

Pada saya , saya menyalahkan media aje, suka sangat mensensasikan kes kes jenayah seksual ni.  muka2 orang yang terlibat terpampang di dada akhbar.  budak2 yang tinggi naluri ingin tahu ditambah terdedah dengan internet dah tahu sangat apa gunanya Google tu.lepas dapat jawapan derang fikir benda ni biasa sahaja so derang buat main-main. rosak, rosak minda generasi masa kini.

Tadi... anak lelaki usia 10 dan 9 tahun. menggoogle mencari gambar kinds of weather.  kerja rumah budak sekarang cari kat google je.  kemudian dia taip "storm" tahu apa yang muncul? penuh satu page tu gambar perempuan berbogel. hawau betul. budak2 nak buat kerja sekolah pun tak senang hati mak bapak.  terkejut jugak nasib baik saya ada bersama kalau tidak entahlah apa tindakan derang selanjutnya.

Harap sangat pihak berkuasa benteras gejala pornografik di internet ni.  merosakkan bangsa dan negara sahaja jika dibiarkan.  pernah juga cari lagu hari guru di internet bila digoogle bukan lagu guru Malaysia je keluar.  malah yang paling banyak ialah perkataan berbaur porno berkaitan guru.  malas sy nak sebut kat sini korang pun sedia maklum pastinya.

ok nak menggoogle jap. C U.










Tuesday, October 12, 2010

raayat Malaysia paling ramai .....di dunia?

Betulkah rakyat Malaysia memiliki paling ramai kawan di dunia? Manakala Rakyat Jepun paling sedikit kawan di laman sosial.Tak caya cuba baca nie.


Japanese have fewest digital friends on social networks

Mouse and keyboard 
More people are accessing news via digital means Malaysians have the most friends on their social networks, while Japanese users have the fewest.
This is one of the findings of a large-scale research project, looking at online behaviour around the globe.
It also found that digital sources are overtaking TV, radio and newspapers as the media channel of choice for 61% of the online population around the world.
The study, conducted by research firm TNS, interviewed 50,000 consumers in 46 countries for the study.
In Malaysia the average number of friends is 233, closely followed by 231 in Brazil and 217 in Norway.
This contrasts to an average of just 29 friends in Japan, and 68 in China.
The results could suggest "a culture that embraces fewer but closer friendships," thinks TNS's chief development officer Matthew Froggatt.
As well as having the most friends, Malaysians are also the heaviest users of social networking sites, spending an average of nine hours per week on them.

itu kajian oleh pihak luar. saya pun check lah facebook saya.  mak oi betul lah rakan saya lebih 400 orang, macam tak percaya je.  sebenarnya kenalan yang dikenali di laman sosial dalam facebook saya cuma dalam 5 hingga 6 orang sahaja.  yang lain2 tu kenalan yang merupakan rakan sekerja, sanak saudara, rakan lama masa sekolah, juga bekas pelajar.  itu yang jadi banyak tu satu tahun je mengajar dah berapa ratus orang murid dan pelajar . itu belum semua lagi yang add saya tu.

bagi saya ini tidak menghairankan ...fenomena ini menunjukkan bukan sahaja rakyat menguasai dan memanfaatkan IT, tetapi juga menunjukkan betapa rakyat Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan orang di sekeliling mereka.  kalau orang kampung off courselah satu kampung dah kenal.  apabila merantau facebooklah jadi penghubung.

rakyat Malaysia juga peramah dan senang berkawan.  ini berdasarkan pemerhatian saya ada juga pengguna facebook memang mencari rakan dan mudah menerima pelawaan menjadi rakan.  cuma saya cadangkan biarlah lepas ni rakyat Malaysia memperbaiki rangkaian hubungan kepada rangkaian ! Malaysia.  barulah matlamat 2020 dapat dicapai dengan lebih pantas lagi.  halangan utama mencapai Wawasan 2020 dah dapat diatasi . kan bagus begitu.

walaubagaimanapun kita perlu berhemah dan bijak sana menggunakan kemudahan. IT ni adalah  kerana setiap benda kebaikan tu akan ada bersamanya keburukan. Tepuk dadatanya selera. nak ikut yang meng imankan atau sebaliknya,
.
ini cuma pendapat saya...oklah nak gi check facebook lah tak nak ketinggalan komen2 terbaru kenkawan.







Monday, October 11, 2010

Saat indah lagi mengharukan

Hmmm lama dah tak update blog ni.. bukannya tak ada bahan tp banyak sangat komitmen (sibuk mengalahkan menteri ke? he3) tk juga..
hari tu ada mencuba2 share laman lain ke ke sini tapi tak berapa menjadi pulak he3 baru belajar ler namanya.

tak apelah belajar dari kesilapan pelan-pelan lama pandailah sambil tanya2lah kat org yang pandai kan.

hujung minggu lepas 9 dan 10 oktober 2010...banyak peristiwa terjadi. ada duka dan ada juga yang gembira.

9 hb okt hari yang dinantikan, hari pertemuan teman lama persekolahan di SMKA berlangsung juga akhirnya. maka bertemulah kembali rakan2 yang telah lebih 20 tahun terpisah. macam tak cukup masa berbual terlalu banyak yang ingin dikongsikan. maklumlah 20 tahun bukan satu tempoh msa yang dekat. rasa mcam dah tua sangat pulak.

ini gambar 20 tahun yang lalu



Tambah kapsyen
tidak semua di atas yang hadir tapi ini gambar terbaru jeng3



 semoga persahabatan berkekalan buat teman-teman yang tak berkesempatan bersama inshaallah andai ada umur dan rezeki kita pasti bertemu, mungkin di ketika itu di majlis persandingan anak2 kita.

Sunday, September 5, 2010

Gempa Bumi di New Zealand

Salam bahagia,
hari ni terpaksa ulangkaji balik subjek geografi yg dah ditinggalkan sejak tahun 1985. huu lama dah tu berapa lama tak payah tahulah.
ini semua gara-gara kejadian gempa bumi yang mencecah gegaran sekitar 7 pada skala richter. Risau juga kerana sepupu kesayangan dan keluarga berada di sana.
setelah membuat ulangkaji barulah lega. kawasan yang terlibat ialah di pantai barat, selatan New Zealand di kawasan christchurch. Alhamdulillah Dr. Dee dan family menetap di Pulau Utara iaitu di Auckland. jauh juga dari kawasan gempa bumi.
Didoakan semoga beliau serta keluarga sejahtera dan bergembira dengan sambutan Aidil Fitri di sana.
Semoga semua rakyat Malaysia yang berada di tempat terbabit selamat.

Monday, August 16, 2010

TAWARAN HEBAT

SOSEJ HARAM(sumber dari email)

Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah

·
Gourmessa
·
Muller's Haus
·
Dew Fresh
·
Puteri
·
Miami Butcher House
·
Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;


·
Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
·
German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
·
Puteri Pan Pacific (Puteri)
·
MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
·
Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
·
Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)


Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah


·
Palace of Golden Horses
·
Coffee Bean Tea Leaf
·
Hotel Equatorial
·
Ikea Cafe
·
Muller Sausage.

Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain.
 

Monday, August 9, 2010

Jana pendapatan melalui blog

Salam bahagia........
Semalam baru je dapat ilmu baru.  oleh kerana saya rasa ilmu ini bermanfaat, saya pun berhajat untuk berkongsi dengan rakan-rakan.  Manalah tahu ada yang berminat dan terbuka minda untuk membuat blog pula.  Teman dan sahabat saya Adilla baru sahaja mengongsi ilmu cara-cara untuk mendapatkan pendapatan melalui blog yang kita bina.  Jadi blog ni bukannya sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa semata-mata.  Menggunakan blog tidak memerlukan kita mengeluarkan modal, menaja orang bawahan dan sebagainya. senangkan?  caranya ialah dengan menjadi ahli Nuffnang.  Kita mendaftar sahaja dengan Nuffnang, kemudian Nuffnang akan meletakkan iklannya di dalam blog kita.  setiap kali iklan tersebut diklik kita akan diberi 25 sen.  Jadilah kan......jangan nak tamak nak banyak-banyak pula, modal pun kita tak keluarkan.  Berpadanan lah tu.  so marilah kita berblog dan saling tolong menolong kenkawan kita dengan mengklik iklan di dalam blog mereka. tak perlu keluar modal juga.  malah kita boleh mendapat informasi berguna juga.
Jangan tanya pendapatan saya, sebab saya baru mula semalam, kalau tengok iklan di atas dan kira serta di bawah blog saya itulah dia iklan yang dikuasakan oleh Nuffnang.  oh ya kepada mereka yang ada bisnes tu iklankan melalui Nuffnang, mereka akan membantu anda dengan kadar yang berpatutan.
Akhir kata renung-renungkan dan "klik jangan tak klik......"

Sunday, August 8, 2010

Hotel yang ada sijil halal di Negeri Sembilan.. satu je? what a pathetic


NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JALAN BBN 1/3D,
PUTRA POINT PHASE 2A,
PUTRA NILAI, 71800
NILAI NEGERI SEMBILAN
Nama Premis / Dapur :

NILAI HOTEL SDN BHD

PT 9999, JLN BBN 1/3D
PUTRA POINT PHASE 2A
PUTRA NILAI,71800 NILAI
N.SEMBILAN
01/11/2009
-
30/10/2011

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL [SIJIL MASIH SAH]

1.  ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

BANQUET KITCHEN

ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009
-
30/04/2012

2.  ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

PASTRY KITCHEN

ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009
-
30/04/2012

3.  ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN)

GROUND FLOOR
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009
-
30/04/2012

4.  ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

BUTCHER ROOM

LOWER GROUND,
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR,
JALAN TUN TAN CHENG LOCK,
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009
-
30/04/2012

5.  BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL SDN BHD
NO. 65, JALAN HJ. HUSSEIN
OFF JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50300 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

RESTORAN SITI KHADIJAH

HOTEL BRISDALE
TINGKAT 17,
NO. 65, JALAN HJ HUSSEIN
OFF JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50300 KUALA LUMPUR
16/06/2010
-
15/06/2012

6.  CAHAYA UTARA SDN BHD (CITITEL HOTEL PENANG)
CAHAYA UTARA SDN BHD
T/A CITITEL PENANG
66 PENANG ROAD
10000 PULAU PINANG
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :

BANQUET KITCHEN

CITITEL PENANG
LEVEL 3 BANQUET KITCHEN
66 PENANG ROAD
10000 PENANG
01/04/2009
-
31/03/2012

7.  CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD)
NO 12 LORONG UTARA A,
OFF JALAN UTARA
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :

COFFEE HOUSE - BRASS CAFE

CRYSTAL CROWN HOTEL, NO 12 LORONG UTARA, OFF JLN UTARA, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR
01/03/2009
-
28/02/2011

8.  CRYSTAL CROWN HOTEL SDN BHD
NO 3 JALAN JAMBU MAWAR
OFF JALAN KEPONG
JINJANG SELATAN
52000 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

CROWN CAFE @ CRYSTAL CROWN HOTEL


01/08/2010
-
31/07/2012

9.  CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA

Nama Premis / Dapur :

VERANDAH KITCHEN

CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA
01/05/2010
-
30/04/2012

10.  CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA

Nama Premis / Dapur :

PASTRY KITCHEN

CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA
01/05/2010
-
30/04/2012

11.  DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
(DYNAWELL CORPORATION (M) SDN BHD)
NO, 218, JALAN IPOH,
51200 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

ASEANA COFFEE HOUSE (LEVEL 1)


01/04/2010
-
31/03/2012

12.  DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
(DYNAWELL CORPORATION (M) SDN BHD)
NO, 218, JALAN IPOH,
51200 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

BANQUET KITCHEN (LEVEL 4)


01/04/2010
-
31/03/2012

13.  DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
(DYNAWELL CORPORATION (M) SDN BHD)
NO, 218, JALAN IPOH,
51200 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :

PASTRY KITCHEN


01/04/2010
-
31/03/2012

14.  EVERGREEN LAUREL HOTEL (PENANG)
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :

WESTERN & CHINESE BANQUET

53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA
01/11/2009
-
30/10/2011

15.  EVERGREEN LAUREL HOTEL (PENANG)
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :

EVERGARDEN RESTAURANT

53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA
01/11/2009
-
30/10/2011

16.  EVERGREEN LAUREL HOTEL (PENANG)
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :

CAFE LAUREL

53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA
01/11/2009
-
30/10/2011

17.  FALCON POINT SDN BHD (CITRUS HOTEL KL)
51, JALAN TIONG NAM,
MELALUI JALAN RAJA LAUT,
50350, KUALA LUMPUR.

Nama Premis / Dapur :

CITRUS HOTEL MAIN KITCHEN


01/08/2010
-
31/07/2012

18.  GRAND DORSETT LABUAN HOTEL
VICTORIA'S BRASSERIE
LOT 462, JALAN MERDEKA
87029 LABUAN ST
Nama Premis / Dapur :

VICTORIA BRASSERIES


01/06/2010
-
31/05/2012

19.  GRAND SEASONS HOTEL
NO 72, JALAN PAHANG,
53000, KUALA LUMPUR.

Nama Premis / Dapur :

CHINESE BANQUET KITCHEN @ 2ND FLOOR

GRAND SEASONS HOTEL,
72, JALAN PAHANG,
53000 KUALA LUMPUR.
01/11/2009
-
30/10/2011

20.  GRAND SEASONS HOTEL
NO 72, JALAN PAHANG,
53000, KUALA LUMPUR.

Nama Premis / Dapur :

O'LAS KITCHEN - WESTERN, LOCAL COLD, PANTRY @ B1 FLOOR.

GRAND SEASONS HOTEL,
NO 72, JALAN PAHANG,
53000 KUALA LUMPUR.

DILARANG GUNA ISTILAH BUFET RAMADAN Dilarang guna istilah Bufet Ramadan Oleh NASRI JAMALUDIN mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil perakuan halal dilarang menggunakan istilah ‘Bufet Ramadan’ kerana ia boleh mengelirukan umat Islam.
Pengarah Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, hotel yang memiliki sijil perakuan halal daripada Jakim atau jabatan agama negeri sahaja boleh menggunakan istilah tersebut.
“Memang tidak boleh guna istilah Bufet Ramadan kerana ia mengelirukan umat Islam kecuali ada sijil perakuan halal,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kempen 1Malaysia 1Halal di Teluk Danga di sini semalam.
Perasmian program itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.
Saimah berkata, pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan produk halal serta mendapatkan maklumat berkaitannya sebelum membeli atau menggunakannya.
Mengulas tentang jumlah hotel yang mempunyai dapur dengan sijil perakuan halal, beliau berkata, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan pengusaha hotel untuk memohon sijil berkenaan.
Beliau berkata, daripada lebih 600 hotel yang memiliki restoran di negara ini, hanya 33 hotel mempunyai sijil halal daripada Jakim dan jumlah tersebut tidak termasuk sijil perakuan halal yang dikeluarkan di negeri-negeri.

Saturday, August 7, 2010

Desak hotel sediakan dapur halal

Baru-baru ini, ada masuk ke laman web Halal.  Hmmm sedih tiada satupun hotel di Seremban yang memiliki sijil halal.  Rupa-rupanya selama ini makan benda yang syubahat.

Bagaimana kita nak suruh hotel-hotel ni sediakan dapur yahg diiktiraf halal.  Kebanyakan hotel berdolak dalih tentang penyediaan dapur halal ini.  Di antaranya ialah masalah kos, selain itu yang paling sadisnya..........tiada permintaan daripada umat Islam sendiri.  Mereka tak buat dapur halalpun berderet umat Islam pergi makan di sana.  Dah banyak keuntungan mereka kaut daripada Jabatan2 Kerajaan yang selalu mengadakan kursus-kursus di hotel.  Bagaimana pula dengan hari keluarga.
Kalau dari Jabatan Kerajaan, semua maklum daripada atas ke bawah majoritinya umat Islam.
Bulan Ramadhan ni tengoklah.........kebanyakan hotel yang mengiklankan pakej berbuka puasa bukannya  hotel yang ada dapur halal.  Tak malu langsung.  Tak boleh salahkan hotel juga.  Kita umat Islam yang mengimarahkan hotel2 Syubhat ni.

Mungkin kita beralasan, pekerjanya Islam.  Pekerja Islam tidak menjamin halal atau tidak restoran itu, kerana pengurusan kebanyakan hotel bukannya Islam.  Adakah jaminan, bekalan ayam dan daging di ambil dari sumber yang sah halal yakni disembelih?
Adakah peralatan dapur yang digunakan tidak bercampur dengan peralatan untuk memasak bahan yang jelas haram seperti daging khinzir?
Kalau dapur cuma satu,  sudah tentu segalanya2 bercampur aduk walaupun ayam dan dagingnya sah halal.  hatta untuk memasak sayurpun kalau dah guna kuali untuk menggoreng daging khinzir yang tidak  disamak adakah sayur itu halal?

Mengapa tidak apabila kita menempah jamuan di hotel, kita tanya dahulu pengurusannya adakalh hotel itu diiktiraf halal.  kalau tiada pengiktirafan daripada JAKIM hbatalkan sahaja dengan menyatakan alasan hotel itu tiada pengiktirafan halal.

Saya suka nak mencadangkan kepada mereka yang sering berbuka di hotel,  pastikan hanya hotel yang halal sahaja di kunjungi.  jauhi makanan syubhah kerana mungkin ia sebenarnya haram

ALLAHUAKBAR.

Jadi Pengawas perlu peka bukan pekak.: Latihan kepekaan.

Gambar-gambar sekitar Kursus Kepimpinan

Murid-murid sedang berlatih bercakap ala-ala pidato
Khusyk mengikuti ceramah.  Tabik springg Zuhdi terpegun bebudak ni
Penceramah sedang berceramah

Kemahiran Mendengar

Hari ni berceloteh dengan anak2 murid.  Sempena program Kursus Kepimpinan Pengawas kali ke dua untuk tahun 2010.  dah lama tak buat program kelam kabut sedikit hehe saya ni memang suka kelam kabut.  Last minute preparation lah katakan hahaha.
Walaubagaimanapun alhamdulillah, berjalan dengan lancarnya.
Sekalung tahniah buat sahabat , Puan Noraidah yang memberikan sokongan tak berbelah bagi. pihak kantin yang sentiasa ada apabila diperlukan, Tak ketinggalan juga Zuhdi dan Norshahida dari HANYA SATU Consultant. Adik rakan seperjuangan, Safwan thx, sori tak gi makan roti canai dengan Wan. hahaha hand phone tetinggal di rumah sebenarnya. sebab tu mesej tak dapat dibaca.  Lain kali ya belanja akak.
Cuma, nampaknya anak-anak didik cikgu nampaknya masih belum dapat mengaplikasikan ilmu kemahiran mendengar yang cikgu selalu kongsikan.
Dah mendengar namanya mestilah menggunakan telinga.  Tapi memadaikah kalau kita mendengar hanya dengan telinga sahaja?
Tentunya kalau mendengar, mulut hendaklah direhatkan.  Dan dalam masa yang sama, otak digunakan sepenuhnya..  Bagaimana mahu menggunakan otak semasa mendengar?
1.  semasa mendengar gunakan mata untuk melihat wajah orang yang bercakap.
2.  perhatikan ekspresi mukanya,  senyumkah, masamkah, menyeringaikah, seriuskah dan sebagainya.
 3.  gunakan akal anda untuk menilai apakah perasaan orang yang bercakap.
4.  gunakan juga deria pendengaran anda, untuk mentafsir nada suara orang yang bercakap. samada nadanya marah, bergurau, tergantung nadanya dan sebagainya.
5.dengar juga apakah yang cuba disampaikan oleh orang yang bercakap itu, cuba jangka apakah yang akan disampaikannya.
Sekiranya anda menggunakan sepenuhnya deria pendengaran, penglihatan dan akal fikiran anda tidak akan punya masa untuk berbual kosong.  Malah mungkin akan ada banyak persoalan yang timbul di benak anda untuk ditanyakan.
Kemahiran mendengar ini bukan sahaja untuk digunakan semasa di dalam kelas malah juga semasa berbual dengan rakan, guru, keluarga dan sesiapa sahaja.  Digalakkan juga semasa mendengar melihat sudut wajah orang yang bercakap di antara kedua matanya, atau di sudut mata kiri atau kanan .  Ini bersesuaian dengan budaya kita yang tidak memandang tepat terus ke anak mata.

(Catatan:  kutipan dari motivasi dan bimbingan di dalam kelas)








 

Wednesday, August 4, 2010

Belasungkawa

Ramadhan bakal menjelang.  Tatkala menanti dalam debaran dan penuh keterujaan akan ketibaannya, diri dikejutkan oleh pemergian ke rahmatullah bekas anak murid dan juga sahabat baik kepada anak sulungku.  mereka berdua sebenarnya dalam pergelutan untuk menghadapi ujian PMR hujung tahun ini.


D.A. pergimu dalam keadaan yang tidak disangka.  keputusan peperiksaan yang lalu menunjukkan peningkatan memberikan seribu harapan yang cerah pada masa harapan.  namun Allah lebih mengasihimu. DA.  pemergianmu sangat mudah, tanpa sebarang sakit berlarutan, mulia kerana mengadap ilahi dalam keadaan menuntut ilmu. malah DA pada hari2 akhirnya menuntut maaf daripada seberapa ramai kenalannya termasuk guru dan rakan-rakan.

DA dalam linangan airmata cikgu doakan semoga DA aman di sana, dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.  semoga anak cikgu tabah menghadapi hari muka tanpa DA disisinya.

Sehari selepas pemergian DA sekali lagi berita sedih diterima.  Pemergian ke rahmatullah bekas guru yang mengajar saya semasa di tingkatan 3.  terkilan rasa hati kerana tak sempat menziarahinya dihospital.  Guru yang banyak berjasa ini,  budimu ke kenang sehingga ke akhri hayat tak terbalas rasanya jasa dan pengorbanan cikgu.  Hanya kepada Allah, yang dapat membalas segal kebaikan cikgu..

Buat keluarga yang kehilangan insan tersayang pada 2 dan 3 Ogos, takziah diucapkan, tabahkanlah hati,  semoga Allah membantu anda menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi. AL FATIHAH..   

Sunday, July 25, 2010

HARI INI MILIK ANDA- Dr Aidh Al Qarni "La tahzan"

bersama kesusahan ada kesenangan

MixPod - Share Your Playlist

MixPod - Share Your Playlist

Satu pertemuan

Pertemuan dengan sahabat lama..sekelas dari ting 1 hingga ting 6. lost contact since 1988

Pertemuan boss lama dengan boss baru

Jeling2 Pandang2: Suka dalam duka melahirkan bayi sulungku.

Jeling2 Pandang2: Suka dalam duka melahirkan bayi sulungku.: "Esok 3 Mei menyebabkan diri merenung akan perjalanan hidup saya sejauh 40 tahun ini. sambil membelek album lama terpandang gambar yang bena..."

Salam kasih sayang

Lama betul tak update blog nie.  kesibukan semasa menyebabkan blog ini terabai.  Namun demikian, menariknya berbagai peristiwa telah dilalui. yang paling manis majlis Alumni sekolah lama.  pengalaman baru di pelajari macam mana nak daftar pertubuhan misalnya.  walaupun sekadar ajk kecil namun mahal sekali pengalaman yang baru dilalui.

Mendapat boss baru juga pengalaman yang menarik.  walaupun sedari awal pertukaran boss diketahui saya taklah teruja sangat.  bagi saya lama dan baru sama sahaja.  setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.  semuanya terpulang kepada diri individu untuk menyesuaikan diri.

Sekian dahulu catatan buat kali ini.


p/s terima kasih kepada pengunjung yang bermurah hati meninggalkan pesan.di shout box saya.  kehadiran anda amat besar maknanya buat saya.  Jangan lupa ikuti blog saya.

Saturday, May 1, 2010

Suka dalam duka melahirkan bayi sulungku.

Esok 3 Mei menyebabkan diri merenung akan perjalanan hidup saya sejauh 40 tahun ini.  sambil membelek album lama terpandang gambar yang benar-benar menyentuh perasaan. yang mana 18 Disember 1995 merupakan tarikh keramat yang membahagiakan namun dalam masa yang sama mengundang duka dan kesedihan di dalam kehidupan ini. Bahagia kerana itulah detik yang menandakan betapa diri telah memasuki satu lagi fasa kehidupan selepas perkahwinan iaitu menjadi ibu.
Ironi sepatutnya diri ini  bergembira tetapi sebaliknya berduka.  anak sulung yang dilahirkan normal, lemas sejurus selepas melepaskan tangisan pertama.  tubuhnya yang putih gebu berubah menjadi warna biru kehitaman.  itulah yang dilihat semasa diri saya berada dalam keadaan lemah selepas melahirkan
Ahmad Karomi Sidqi dimasukkan ke unit Neonatal Infants Care Unit (NICU)  dia terpaksa bergantung kepada mesin jangka hayat, lantaran dia tidak boleh bernafas secara sendiri. 
Ketika saya dimasukkan ke wad ibu bersalin , saya masih tidak tahu keadaan bayiku itu.  suamiku  ketika itu  berada di Sabah kerana sessi persekolahan telah bermula dan meninggalkan saya di kampung untuk bersalin di bawah penjagaan orang tuaku. Sebaik sahaja dia mendapat berita akan keadaan saya yang telah selamat melahirkan dia bergegas kembali ke semenanjung menempuh perjalanan 3 jam dari Keningau ke Kota Kinabalu untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.  Sewaktu melawatku di wad, terpancar wajah sedihnya,  kedua orang tuaku tidak punya kekuatan untuk menyampaikan perihal keadaan cucu sulung mereka itu lantas meminta agar suamiku menyampaikan keadaan sebenar bayiku di NICU
Saya masih yakin bahawa bayiku berada di dalam keadaan baik kerana sewaktu bertanya kepada jururawat di wad bersalin dia menyatakan bahawa bayiku diletakkan di wad bayi untuk pemantauan.
Tatkala melihat anakku. lemah segala tubuh, mulutnya dimasukkan alat pernafasan bersambung dengan alat ventilator.  tangannya diikat ke pintu inkubator kerana dia melawan cuba menarik keluar saluran pernafasan dimulutnya.  di tangan dan kaki juga dimasukkan ubat melalui saluran darah, alat pengesan jantung di letakkan di dadanya, alat pengesan nadi dipasang di kakinya.  warna kulitnya kebiruan yang mana menurut doktor menunjukkan dia kekurangan oksigen walaupun sudah bersambung dengan ventilator dada sebelah kiri ditebuk dan dimasukkan saluran yang disambungkan kepada sebuah botol yang berisi air.  Sebabnya ialah untuk mengeluarkan udara dari dari dalam rongga dadanya. 
Sebulan di NICU dua kali bayiku nazak,selama beberapa tahun saya menjadi fobia mendengar bunyi deringan telefon.  kerana sewaktu dia berada dalam keadaan nazak jururawat menelefonku di rumah.  kami sekeluarga bergegas ke hospital,  saat yang tidak dapat dilupakan kulitnya berwarna biru kehitaman, walaupun dilarang masuk ibu bapaku nekad melanggar peraturan masuk ke wad NICU kerana ingin melihat wajah cucu sulung mereka yang selama ini hanya dilihat dari tingkap luar NICU.  selepas mencuci tangan kami bergilir2 mengusap2 bahagian tubuh bayiku mana yang dapat sambil membacakan ayat2 alquran melalui pintu inkubator.  Tidak lupa juga kami memberikan kata-kata semangat kepadanya walaupun dia tak mungkin faham tapi kami percaya sentuhan dan kata-kata dorongan dapat memberikan semangat kepadanya untuk berjuang meneruskan hidup.
Tidak berapa lama kemudian bacaan jantungnya meningkat dan warna kulit tubuhnya beransur-ansur bertukar menjadi warna asal.
Its miracle kata Dr Bee Boon Peng, pakar kanak-kanak Hospital Besar Seremban.  Dialah doktor yang selalu memberikan ku semangat.  "Doktor tolonglah buat yang terbaik untuk anak saya, dialah anak pertama saya dan saya tak mungkin tahu kalau dia yang terakhir". kata-kata dorongan Dr Bee "Saya cuba lakukan apa yang saya boleh buat, kami sentiasa cuba buat yang terbaik,  tapi awak mesti berdoa sebab hanya tuhan yang boleh menyembuhkan dia".
Dalam keadaan depression, kata-kata itu menjadi kata-kata hikmat buat saya.  Ketika itu juga saya terpaksa menangguhkan pengajian di Maktab Perguruan Keningau.  Didalam surat sokongan doktor Bee memberitahu bahawa anak saya mengalami penyakit "Broncho Pulmonary Dysplasia" dan berada di dalam keadaan tenat.. Nama yang tak mungkin saya lupa. 

Saturday, April 24, 2010

Hari Sukan Tahunan Tadika Miftahul Ulum 2010



Hari sukan yang meriah bagi anak-anak tadika 4 tahun hingga 5 tahun. antara rumah yang bertanding rumah spiderman, rumah ben 10, rumah batman, rumah she-ra, dan doraemon . 

Thursday, April 15, 2010

Tan Sri Hj.Mohd Isa dan Bibi Sherliza di ijabkabulkan

Tahniah di ucapkan kepada pengantin baru semoga bahagia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tahniah juga kerana baru sahaja menimang cucu kedua


Friday, April 9, 2010

SITI NURHALIZA DAN SM SALIM




Pandang Pandang Jeling Jeling

SMS:
Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang
SN:
Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang

SMS:
Kain sarung kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
SN:
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

( korus 1 )
SMS & SN:
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya

( korus 2 )
SMS & SN:
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah

SMS:
Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
SN:
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati

SMS:
Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
SN:
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga

( ulang korus1 & 2 )

SMS:
Kereta kuda pedati lembu
Singgah mari di tepi kuala
SN:
Tuan sutera saya belacu
Mana 'kan boleh berganding sama

SMS:
Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
SN:
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai

Saturday, April 3, 2010

Hari-hari Kutip tin , selongkar tong sampah rupa-rupanya jutawan

SKELLEFTEA, Sweden - Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.
Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.
Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.
Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.
Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.
Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.
"Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri," kata seorang sepupunya.
"Dia amat arif tentang pasaran saham," tambahnya.
Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.
Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah. - Agensi

Thursday, April 1, 2010

kes buang bayi menjadi2.

kes buang bayii sekarang semakin tidak terbendungkan.

sedih. bayi -bayi yang tidak berdosa, tersentuh hati

ibu kemanakah perginya....naluri keibuanmu
ayah sampai hatimu , terhapuskah kemanusiaanmu
aku dilahirkan
melihat dunia
penuh kekejaman
saat teman lain disambut azan senyum tawa sanak saudara.
aku?
dibiarkan
kesejukan, di tangga surau
kesakitan aduh tanganku, gerangan apakah yang menggigit
ibu tolong rasa tercabut nyawaku
ayah jangan tinggal daku
aku tak rela berpindah dari rahim ibu yang damai
ke tong sampah yang busuk berbau
dihurung semut digonggong anjing
Tuhan aku redha
hanya di sini hayatku
dipertemukan dengan insan yang melahirkanku
hanya seketika
kasihanilah mereka
ya tuhanku
sebagaimana mereka mengasihani aku
sewaktu aku masih kecil.amiin.

Monday, March 22, 2010

sembang pendek dgn si kecik.

cuti seminggu berlalu begitu sahaja tanpa ada kemana-mana. hmm duduk rumah je. sian anak-anak terperap je. mama ngan baba sibuk buat asignment nak hantar hujung minggu.

maka pada suatu ketika berlakulah perbualan ini:

Adik: mama, adik laparlah....(dengan lentok manjanya)
mama: lapar? kan adik baru lepas breakfast nasi lemak?
adik: tapi kan mama ....adik lapar keropokkkk. ( hmm nak beli chezels atau yg
sewaktu dengannnya lah tu...)
mama: tapi kan..mama tak ada duitlah (chet alasan sebenarnya tangan tak leh nak lepaskan laptop)
adik: mana pegi duit mama?
mama: tulah adik asyik suruh mama beli mainan je...(hari-hari balik dari nursery
mesti ajak singgah kedai , beli mainan)
adik: ha adik ada idea
mama: hamm idea apa tu dik..
adik: apa kata...kita beli je keropok tu kat kedai yang jual keropok free. kalau
macam tu ... mama tak payah bayar kan kan kan.
mama: aduhai ..adik, adik, asyik nak menang je hehehe.

agaknya si bongsu memang begini perangainya, apa sahaja kehendak pasti dapat. kalau tak beri dipujuk pujuk nya juga. sampai cair hati mama dia. baba ...tukang gelak .

Tuesday, March 16, 2010

Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

PIRAMID MAKANAN




Aras Kumpulan Makanan

Nilai Khasiat

Aras 1:
Bijirin, produk bijirin dan ubi
Sumber karbohidrat kompleks yang baik. Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein. Rendah lemak
Cadangan Pemakanan:8 - 12 sajian

Contoh Satu(1) Sajian:
1/2 cawan nasi (putih atau perang)
1/2cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
1/2 keping capati
1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi

Aras 2:
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik
Cadangan Pemakanan:3 - 5 sajian

Contoh Satu(1) Sajian:
Sayur-sayuran:
1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak)
1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak)
Buah-buahan:
1/2 cawan jambu berukuran sederhana
1 hiris betik/nanas


Aras 3:
Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)
Cadangan Pemakanan:1 - 2 sajian

Ikan, ayam, daging dan kekacang
Sumber kalsium yang baik
Sumber protein yang penting
Sumber protein yang baik
Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat
Cadangan Pemakanan:2 - 3 sajian

Contoh Satu(1) Sajian:
1 gelas susu
1 cawan dadih
1 keping keju
1 ketul paha ayam saiz sederhana
1 ekor ikan kembong saiz sederhana
2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
5 sudu besar ikan bilis
2 biji telur
1/2 cawan kacang kering/kekacang

Aras 4:
Lemak, minyak, gula dan garam
Lemak dan minyak mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K
Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang sedikit atau tiada zat
Cadangan Pemakanan:Jumlah sedikit
dipetik daripada: http://tayibah.com/eIslam/piramid

Wednesday, March 10, 2010

Jeling2 Pandang2

pheww first time buat blog, hasil dorongan sahabat lama Adilla. sebenarnya lama dah berhajat cuma ....yah cuma cuma.

harap tidak hanya jeling2 pandang2 shj blog baik pada tuan punya blog ataupun pengunjung.

andai ada pendapat utarakan sahaja jangan segan silu, sy sedia menerima teguran.