type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: 2011

Nuffnang Ads

Thursday, December 8, 2011

KONVOKESYEN OUM KE 11

Selamat berkonvokesyen buat pelajar OUM khasnya buat rakan-rakan seperjuangan mamashima ambilan khas 0ktober 2007, yang akan berkonvo bersama-sama pada 10,11 dan 12 Disember 2011.  


Tahniah buat kalian.


Pejam celik, pejam celik berakhir sudah kisah suka duka kita mencari ilmu sebagai mahasiswa lewat usia dengan rasminya.  Biarlah apa orang nak kata kerana kita pelajar OUM, kerana kita tahu kita ke sana untuk belajar, kita merasa membuat asignment, merasa dimarah oleh tutor (pedihnya sebab kita pun bukan muda lagi, maka sensitif tu dah jadi sensitap), pergi buat kajian diluar huhuhu yang rasanya tak relevan dengan keadaan kita yang bekerja ni.  Yang orang tak tahu, ada ketika kita jadi student kita juga yang mengajar diri kita dan kawan-kawan kita dalam kelas.  KELASS KAU MARIA.  Tutor tokok tambah je apa yang patut.  Memang pembelajaran kendiri.  Kita juga merasa cabaran perit semasa nak mengambil peperiksaan.  Dalam masa yang sama kita sibuk nak menelaah buku, anak-anak dan suami, menuntut perhatian kita.  Boss-boss kita pula sangat tinggi harapan dan tuntutan terhadap kita.  Janganlah buat alasan sibuk nak study ke exam ke asignment ke, pasti secepat itu juga kita diingatkan bahawa syarat kita dibenarkan belajar ialah dalam masa yang sama, kita perlu memastikan tugas kita tidak terjejas.




Pada masa-masa tertentu, Saya  dan beberapa kawan merasa duduk 3 hingga 5 jam mengadap face to face dengan tutor.  Dah jadi macam tutorial peribadi pulak.... fuhh KELASS Kau.  Bagi saya subjek sains politik, tamadun islam, tamadun dunia, antropologi dan sejarah kini menjadi sejarah.  Bercinta rasanya nak gi kelas sebab tajuk ni seronok kalau dibincangkan beramai-ramai.  dah berbincang berdua je dengan tutor, waduh bosannya.  tapi kami sama-sama cuba mengurangkan kebosanan dengan berhenti sekejap, minum2 atau makan2 hehehe. makan bekal yang ada dibawa je.  sampai tutor pun ada cakap kalau awak lelaki, kita duk bincang kat kedai mamak je pun tak pe. hehehhe.  Nasib baik saya perempuan kan, kalau tak habislah duit asyik duk kedai makan je dengan pensyarah setiap dua minggu sekali pagi sampai petang.  hehehe .


Paling serik apabila anak-anak demam, dalam masa yang sama nak pergi ke kelas , konflik sungguh.  Bagi saya yang bernasib baik ni, kredit untuk ibu bapa saya Noor Aishah binti Abd, Rauf dan Hassim bin Hussin.  Merekalah penyelamat , memandangkan kami suami isteri sama-sama belajar. Mereka sanggup membatalkan program mereka supaya dapat menjaga kelima-lima putera saya semasa saya dan suami ke kelas.  Terima kasih mak dan abah, berjuta-juta terima kasih.


Kalau nak diceritakan, tak tertuliskan.  Itulah di antara cabaran yang perlu dihadapi.  buat rakan-rakan guru yang masih belum menyambung pelajaran, sahutlah cabaran, jangan pandang rendah diri kita seolah-olah kita tiada kemampuan dan kekuatan untuk melakukannya.  Sebenarnya anda boleh.  Syabas kak Aishah, Salwah, Kamilah, teman baik sepersekolahan dahulu Adilla, kini sedang berhempas pulas dengan dunia asignment. Dan Noraidah, yang baru memohon saya harap anda berjaya dalam permohonan dan saya yakin anda akan berjaya.  Tempoh 4 tahun tu sekejap aje, percayalah saya sudah melaluinya.  Dan ramai lagi rakan lain yang telah melaluinya malah dengan cabaran yang lebih hebat seperti bersalin, mendapat penyakit kronik seperti kanser, bercerai malah ada yang kematian pasangan hidup dan sebagainya.  Tetapi semua berjaya sampai ke garisan penamat.  Tiga kali tepukan untuk kalian di bahu masing-masing.
Buat para pensyarah @ tutor, jasa kalian kami kenang sampai bila-bila, ilmu yang dicurah akan kami manfaatkan sebaik-baiknya.  Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi kalian. 


Sekian buat kali ini.  

Wednesday, November 16, 2011

CINTAKU KANDAS DI RERUMPUTAN


Aku mulai resah menunggu engkau datang
Berpita jingga, sepatu hitam
Kau bawa cinta yang kupesan ho...
Aku mulai ragu dengan keberanianku
Berapa cinta kau tawarkan?
Berapa banyak yang kau minta? Ha
Aku merasa terjebak dalam lingkaran membiusku
namun dorongan jiwa tak sanggup kutahan
Iblis manakah yang merasuk
aku memilih cara ini?
Mungkin karena 'ku merasa tak punya apa-apa
Dan ketika engkau datang
aku pejamkan mataku
Samar kudengar suaramu lembut memanggil namaku
Seketika sukmaku melambung
Kuputuskan untuk berlari menghindarimu sejauh mungkin
Cintaku kandas di rerumputan
ho ho ho ho ho ho ho ho ho
du du du du du du du du du
du du du du du du ho ho ho ho
du du du du du du du du du du du du du du du
Aku mulai sadar cinta tak mungkin kukejar
Akan kutunggu, harus kutunggu
sampai saatnya giliranku
Dan ketika engkau datang
aku pejamkan mataku
Samar kudengar suaramu lembut memanggil namaku
Seketika sukmaku melambung
Kuputuskan untuk berlari menghindarimu sejauh mungkin
Cintaku kandas di rerumputan
ho ho ho ho ho ho ho ho ho
du du du du du du du du du


Tuesday, July 26, 2011

Dari Kerana Mata...........

Sat sat nak fikir sat,


Tadi mencurah2 ilham datang, konon nak tulis kat blog ni ha.  Alih-alih bila buka notebook ni "hang" lah pulak. Sekarang dah turun ke bawah, langsung lupa nak tulis apa.  tapi tak apa sy cuba sedaya upaya untuk mengingat  kembali,apakah cerita yang nak dikongsi di sini.


Ohh ya baru saya teringat,


Ceritanya ialah tentang dari mata ke mata. Dari mata jatuh ke hati. Begitulah kata-kata orang tua-tua dahulu.


Teringat zaman persekolahan dahulu,  semasa saya masuk ke tingkatan satu, selalu ada usrah kecil-kecilan di asrama putri.  Ketua usrah ni biasalah terdiri daripada kakak-kakak senior.  Antara isi usrah yang saya ingat lagi ialah tentang zina.  Dahsyat kakak-kakak zaman dahulu.  Form three lagi dah pandai bagideramah tentang  zinai. Masih ingat lagi apa bila kakak senior tu menceritakan bahawa zina itu ada permulaannya.  Tanpa permulaan zina tidak akan berlaku.  Jadi kami pun tanyalah apakah permulaan zina itu, menurut beliau, permulaan zina yang paling bahaya ialah datang dari zina mata.  Hah tekejut jugak kami, macam mana mata boleh berzina.  rupa-rupanya zina mata bermula dari berpandangan mata di antara si jejaka dengan si perawan.  Makanya, dipendekkan cerita sejak itu kami berusaha mengawal mata agar tidak berpandangan dengan rakan-rakan lelaki. Takut dapat dosa zina. Perangai ini sampai sekarang saya bawa.  Cuma dahulu agak keterlaluan akibat pemahaman melampau sikit masa tu.  Dulu kalau berjalan sentiasa tunduk ke tanah sampaikan mak saya tegur kenapa lah sejak balik dari asrama tak pandai nak berjalan dengan mata pandang ke hadapan.


Seiring dengan peningkatan umur , saya mula memperbaiki diri kerana teguran-teguran ahli keluarga.  Saya mula memandang muka orang yang saya lawan bercakap.  Saya belajar untuk melihat wajah seseorang itu secara menyeluruh (masih cuba mengelak dari bertentang mata),  Keburukannya, saya susah nak ingat muka orang secara terperinci. tapi apa boleh buat dah jadi tabiat.


Dua tahun lepas, seorang tokoh pidato datang ke sekolah saya untuk memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid tahun enam.  Dato’ Dr. Syed Ahmad Bin Syed Samsuddin Al-Saggof seorang tokoh pidato Nusantara.  Saya perasan (perasan pulak dahh) semasa beliau berceramah, beberapa kali , dia bersabung mata dengan saya.  Perhhh terkesan dengan sikapnya , saya mula memberikan tumpuan kepada ceramah ketika itu, walaupun kepala saya tengah sibuk memikirkan agenda seterusnya kerana majlis itu di bawah kelolaan saya.


Langsung saya perhatikan, murid-murid tahun enam mendengar ceramah beliau dengan khusyuk walaupun memakan masa dua jam.  Kalau menurut kebiasaan murid sekolah rendah ni, sejam itu ibarat duduk di atas bara yang panas.  Saya perhatikan Yang berbahagia Dato Syed Ahmad ni, dengan intonasi suara yang sering berubah-ubah, saya perasan beliau sentiasa membuat eye contact dengan pendengarnya. Ya ...saya sendiri merasakan kesan daripada eye contact tersebut.  Saya lihat beliau berusaha  untuk membuat hubungan mata dengan setiap murid termasuk guru yang hadir duduk dihadapan mahupun Guru Besar yang duduk dibelakangnya iaitu di meja utama sambil bercakap .  


Dengan itu, saya membuat kesimpulan, hubungan mata dengan audien amat penting.  Kerana dengan adanya hubungan itu audien merasakan dirinya sentiasa diperhatikan  dan juga merasakan dirinya dihargai dan istimewa.  Pada saya apabila mendapat perhatian daripada penceramah secara tidak langsung saya merasakan apa yang disampaikannya adalah penting dan saya perlu mendengar dengan teliti.


Maka, mulai hari itu saya mula mengadakan hubungan mata dengan murid-murid saya,  Semasa bercakap saya berusaha untuk bersabung mata dengan mata setiap orang murid.  Dan hasilnya saya dapati , semua mata memerhatikan saya dengan minat.  Alhamdulillah.  sekarang sedang menjadikan amalan ini tabiat di dalam kelas.


Baqi yang telah melakukannya tahniah, anda advance daripada saya.  Saya baru sahaja mendapat ilmu ini dan baru je nak memulakannya.  Bagi yang belum buat cubalah, terutama sekali jika anda seorang guru.  Jika kita mahu mendapat perhatian , kita hendaklah memberikan perhatian dahulu kepada orang itu,
Akhirul kalam..PERHATIAN!!!!!!.......................SAYA......................
byee

Monday, July 25, 2011

BESTNYA KURSUS

 Salam ceria,

Wah malam ni rancak pulak idea yang nak keluar.  Ini posting kedua dalam beberapa minit.  Bukannya apa saja nak kongsi pengalaman berkursus Bina Negara.  Sebagai guru yang merupakan arkitek generasi akan datang sememangnya sesuai sangatlah kursus bina negara diikuti.

Bimbang juga masa nak pergi. macam-macam cerita didengar tentang kursus ni.  Maklumlah ini kali pertama saya menyertainya.  namun demikian ..wow superrb...memang berbaloi pergi kursus tu.  Jurulatih dan fasilitator begitu peramah dan mesra.  Dah lama tak tergelak beriya2.  masa sesi ceramah tak kering gusi mendengar lawak jenaka yang berselang seli dengan nada serius.  
Di samping itu, seronok jadi budak2 semasa aktiviti permainan.  sampai meniarap atas rumput.  berpuluh tahun dah tak buat macam itu. 
paling best.... sebelum berangkat pulang, aktiviti kajian sikap, yang terbaik hehehe. dapat cuci mata dan sambar mana-mana yang patut.  Kajian dijalankan di Padang Besar .  boleh agak tak apakah hasil daripada kajian itu. 
Terbest the bomb pula, kawan-kawan yang sporting dan saling memahami. tak boleh lupa, sama-sama sedih sebab terpaksa bertukar hidangan yang kami masak dengan kumpulan lain.  
Semoga kursus ini dapat memantapkan hubungan kami GBKSM di Daerah  Seremban.  

Pergi ke Perlis menaiki bas,
Naik bas bersama rakan-rakan,
Gua Kelam kenangan berkursus,
jadi ingatan manis sepanjang zaman.

Segala ilmu dan pengalaman yang berharga yang telah dikutip akan disemat di dalam minda dan jiwa agar dapat menjadi penawar bagi penyakit, menjadi alat untuk mencipta, menjadi perisai untuk bertahan, menjadi bekal berkelana.

  

Bulan syaaban di dalam kenangan

Salam ukhuwah,

Dah lama saya tak menjenguk blog kesayangan saya ni. Hmm kalau rumah, dah bersawang-sawang tentunya.  Silap-silap dah jadi tempat jin bertandang.

Bukan takda masa cumaaa, sejak menamatkan pengajian di OUM, semacam ada satu rasa untuk berehat daripada merayau-rayau di alam tanpa sempadan dan penjuru ini.  Berehat daripada mengetik papan kekunci.

Hari ini rasa terpanggil untuk menulis memandangkan hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan ibadah lagi penuh keberkatan.

Sekali lagi syaaban menjadi bulan kesedihan buat saya.  Syaaban tahun lepas saya kehilangan bekas anak murid yang merupakan kawan baik anak saya juga saya anggap seperti anak saya sendiri.  Perginya secara tiba-tiba sahaja , jatuh semasa sedang belajar di dalan kelas, lalu menghembuskan nafas terakhir di hadapan rakan-rakan dan guru-guru.   Kali ini, pada tahun ini, kehilangan bapa saudara pula.

Ini semua menginsafkan bagi saya, betapa nyawa kita ini hanya sementara. Dipinjamkan oleh pemiliknya hanya sekadar waktu sahaja.

Ramadhan tibalah tahun ini. semoga kali ini bukan yang terakhir buat kami.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami , di dalam menjalankan urusan dunia kami dan juga urusan akhirat kami. Amiin.

Wednesday, March 16, 2011

Kebenaran yang kedua ...

Salam Kebenaran,

Apa pula kebenaran yang kedua,  yang kedua pula ialah kebenaran yang benar, sebenar-benarnya benar.  wah banyaknya benar hehehe.

Kebenaran jenis ini terdapat di dalam peraturan sesuatu organisasi , nilai -nilai masyarakat dan undang-undang.  Ini juga membantu kita mengenali satu lagi jenis kebenaran,  sebagai guru bimbingan, tidak boleh membenarkan seorang murid itu melanggar peraturan sekolah dan sebagainya.  Sebaliknya walaupun tidak menggunakan hukuman , pendekatan ...mendidik dengan tegas perlu di aplikasikan.  hahaha sekadar meminjam kata-kata Prof.  kalau tak tulis takut nanti saya terlupa pulak info2 berguna daripadanya.

oklah itu sahaja cerita kebenaran yang kedua.

Tuesday, March 15, 2011

1. Kebenaran Mutlak

Entri sebelum ini tidak menghuraikan atau menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan senarai-senarai kebenaran yang diberikan.

Entri kali ini tentang kebenaran pertama , iaitu kebenaran mutlak,

Kebenaran mutlak ialah kebenaran yang dinyatakan di dalam kitab utama kita AL Quranul Karim,  segala yang dinyatakan di dalamnya tidak boleh disanggah, tidak boleh dipertikaikan,

Disuruh tutup aurat itu memang jelas dan nyata, mengamalkan hukum hudud dan qisas itu juga jelas,  tidak kira kita laksanakan atau tidak , itulah yang benar sebenar-benarnya mutlak.

Siapalah kita di dalam dunia untuk menidakkan Kalamullah.

Kesimpulannya di dalam kita mencari kebenaran, ketahuilah dulu Al Quran (kena buat ni).  Inilah panduan utama membawa kita kepada kebahagiaan fiddunya wal akhirah.

Wassalam wallahuaklam.

Tiada yang benar melainkan hanya yang benar belaka

Salam ziarah,

lama juga tak mengupdate blog.... dek kekangan tugas sambilan....blogging ni pun sambilan juga tapi tanpa markah CGPA so tak kalut sangat dan buat entri,

nak sambung isi ceramah yang baru diikuti 1 Mac tempohari.

Kaunselor tidak bolah berpihak kepada sesiapapun walaupun kepada diri sendiri....kenyataannya.
habiss tu nak berpihak kepada siapa? haa sambungan ayat tadi ialah .....kecuali kebenaran.yeah kebenaran.  kalaupun diri kita salah janganlah kita membenarkanya kerana ia tidak benar.

Persoalannya?  apakah yang dikatakan benar?  perkara benar terbahagi kepada beberapa iaitu?

1. Kebenaran yang  Mutlak
2. Kebenaran yang benar sebenar-benarnya benar
3.Kebenaran yang dibenarkan
4. Kebenaran yang dibenar-benarkan
6. Kebenaran yang dijadikan sebagai benar

Hmm pening juga mendengarkan begitu banyak sekali kebenaran dan perkataan benar.  segala kebenaran itu walau bagaimanapaun hanya kebenaran pertama, kedua dan ketiga sahaja boleh di pegang dan dipakai.  yang ketiga dan keempat tak bleh pakai langsung ia dimasukkan sebagai salah satu kebenaran supaya kita dapat kenal bahawa di dalam dunia ini banyak sekali benda yang kelihatan benar tetapi sebenarnya salah,

setelah mendengar huraian penceramah tentang fakta ini, saya mulai faham dah mengetahui bagaimana kita mahu mengenali kebenaran, selalunya saya hanya mengikut gerak hati dan berdasarkan ilmu seciput yang dikutip melalui pengalaman dan pembelajaran.  dengan adanya tips ini, bagi mengenali kebenaran diharap akan menjadi semakin mudah.

wallahuaklam,

Wednesday, March 2, 2011

Seminar Profesional GBKSM di USIM- 1 Mac 2011

salam keilmuan,

Ha..... ni saja jelah ni kongsi sikit input-input yang dapat dikutip daripada ceramah Pembelajaran dan Empati Dalam Konseling. Ceramah tersebut disampaikan oleh Prof Prayitno dari Universitas Negeri Padang, Indonesia.

-apa yang dimaksudkan dengan pendidik ialah membelajarkan, atau pun membuatkan orang lain belajar.

-pengajaran dan pembelajaran ilmu pengetahuan berlangsung di dalam kelas dan diajar oleh guru yang pakar di dalam subjek masing-masing.

-manakala di dalam kaunseling, proses pembelajaran dan pengajaran tetap berlaku samada melalui kaunseling individu mahupun kaunseling kelompok. kaunselor belajar untuk mengetahui apakah masalah klien manakala klien juga belajar bagaimana dia boleh dibantu menyelesaikan masalahnya.

-dengan itu semasa proses belajar itu maka perlu ada empati.

bersambung........

Tuesday, March 1, 2011

Cara nak buat anak

Salam bahagia,

Baru-baru ni, baru je lagi saya telah melalui satu sessi perbualan dengan anak terkecil yang berusia 6 tahun. tajuknya buat anak hehehe.

suatu hari, selepas membantu si bongsu membersihkan diri selepas dia menunaikan hajat besarnya. dengan tiba-tiba dia bertanya......"mama...(dengan nada manjanya tu) dulu kan mama cakap orang dah berkahwin boleh dapat anak kan?" saya pun jawab, " ya betul, kenapa?". Dia meneruskan perbualan, " kalau macam tu,dulu masa mama kawin, lepas tu mama dapat along. habis tu macam mana mama dapat angah, alang, ateh dengan adik. mama kawin lagi ke? kalau orang tu ramai anak , berapa kali dia kena kawin?".

hai....nak hangin ada, nak gelak pun ada. rupanya masa tengah termenung tu sempat juga dia memikirkan jawapan sy dulu, iaitu macam mana mama boleh dapat anak. saya katakan sebelum mama dapat anak mama kawin dulu dengan baba. cuba tengok gambar mama kawin tu. masa tu along belum lahir, lepas mama kawin baru mama mengandung dan kemudian lahirkan along. tak sangka dia masih tak puas hati dengan jawapan itu walaupun dah berbulan-bulan berlalunya peristiwa itu.

Saturday, February 26, 2011

BLOG KETIGA

Hari ini sekadar untuk merekodkan telah membuka satu blog iaitu blog tentang sekolah saya. blog kedua pun dah ada cuma belum beroperasi kerana sibuk mendownload citer korea hehehehe(simbolik je). sebenarnya banyak dah dalam kepala ni cuma nak kuarkan tu mengambil masa sikit maklum lah otak masih pakai pentium 1
hahaha

Wednesday, January 26, 2011

Dan.......rindu ini..




Salam rindu,

rindunya...

HAri ni sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah, dengar saluran radio kegemaranku, Hot FM. tatkala kedengaran lagu Hujan "Bila Aku Sudah Tiada"mengalir airmata kesedihan.Lagu ni memang membuatkan saya merasa sedih sejak pertama kali saya dengar beberapa tahun lalu.

Masa tu lagu baru diputarkan di radio, mama baru jek kehilangan seorang yang amat di sayangi bukan saya sahaja, bahkan seluruh ahli keluarga kami. Allahyarham Mohd Firdaus bin Mohd Ali Amran(ALfatihah buatnya. Salah seorang sepupu lelaki daripada beberapa kerat sahaja lelaki di antara sebilangan ramai sepupu perempuan (keluarga kami memang ramai perempuan)

Arwah meninggal dunia akibat penyakit misteri setelah menderita selama beberapa bulan. Sedih mengenangkan arwah kerana masa dia sakit tu dia baru je dapat kerja di SIRIM. Tak sampai beberapa bulan bekerja musibah menimpa. Pada mulanya setelah beberapa lama sakit dia beransur sembuh. Sempat mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya. Namun apakan daya, beberapa bulan selepas itu arwah menyahut panggilan ilahi.
Daus, rindu along kat Daus, rasanya belum puas melihat detik-detik indah dalam kehidupan Daus, Daus sudah meninggalkan kami. along doakan Daus semoga ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan dikasihi Allah. Daus Pergi buat selama-lamanya dalam usia indah remaja iaitu pertengahan usia 20 an. Kalau boleh ingin menatap gambar Daus, tapi apakan daya gambar daus tiada dalam simpanan.

Belum sembuh luka di hati dengan pemergian Daus, menyusul pula Allahyarham Zulkifli bin Jaafar, sepupu kami juga. Jatuh sakit semasa dalam perancangan untuk mengikat tali pertunangah dengan buah hatinya. Oleh kerana, arwah sedang terlantar maka majlis ditangguhkan. Jui panggilan keluarga terlantar di Hospital Selayang sehingga menghembuskan nafas terakhir dalam usia 29 tahun ,kalau tak silap. Along rindu juga kat Jui, kami pendamkan rindu kami buat Jui dengan iringan doa semoga Jui bahagia di sana. Kami kehilangan seorang lagi ahli lelaki dalam keluarga kami. Di saat meniti kebahagiaan hidup, Jui kau pergi jua meninggalkan kami didalam kesedihan disebabkan oleh penyakit misteri itu.

Hari Raya Haji hari yang kedua 2009, sekali lagi kami dikejutkan dengan pemergian seorang lagi sepupu lelaki, Hisyam Md. Zain, dalam usia 27/28 tahun. Kematian misteri yang masih menyedihkan dan meninggalkan trauma buat kami sekeluarga. Dia dijumpai meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan di dalam proton wira kesayangannya. KAmi sekeluarga bingung kerana dia seorang yang sopan, lemah lembut, suka menolong orang(dikuatkan lagi oleh cerita dari orang-orang yang pernah ditolongnya.)punya kerjaya yang menjanjikan masa depan yang cerah di Pos Malaysia. Siapakah? haiwan bertopengkan manusia yang sanggup meragut nyawanya tanpa belas kasihan? Kes masih lagi tergantung. Saat-saat akhir masa hari raya pertama dia sangat ceria, sibuk mengambil gambar-gambar keluarga, tetapi tidak ada satupun gambarnya ditinggalkan. Sham macam mana kami nak lepaskan kerinduan kami kerana hanya dapat menatap gambar-gambar lama je. saat gembira yang terakhir hanya tinggal di dalam ingatan kami sahaja.

rindu ini juga mengajar bahawa mati itu pasti, ternyata seorang lelaki dalam keadaan fizikal terbaik di dalam keseluruhan usianya, tidak dapat lari daripada ajal. Tidak kira walau betapa canggihnya manusia di dalam dunia perubatan, masih ada juga penyakit yang tak mampu dihuraikan oleh sains. Betapa kerdilnya manusia di sisi Allah.
Sering kali kita rasa apabila kita menjalani kehidupan yang baik, tak mungkin ada orang yang akan berniat jahat terhadap kita. tapi kita harus insaf bahawa dunia ini mengandungi bermacam-macam ragam manusia, ada juga manusia yang merasakan hidupnya tidak tenang apabila melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Orang seperti ini hanya akan menjadi tenteram setelah dapat melihar orang yand dibencinya hancur dan musnah. Dia lupa atau buat -buat lupa bahawa sepertimana dia. orang lain juga mempunyai ahli keluarga yang menyayangi mereka. Manusia kejam ini hidup hanya di atas penderitaan orang lain.
Buat arwah adik-adik along, along akan sentiasa mengingati kalian dan mendoakan kalian setiap kali rindu ini datang menerjah.
AlFatihah., AlFatihah, AlFatihah

Saturday, January 22, 2011

Yang mana satu betul

Salam citra,

Seseorang pernah bertanya apa yang patut dilakukan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah atau cabaran.


Apabila memberi nasihat kepada orang, biasanya kita akan mudah memberikan idea yang bernas. Tetapi apabila kita sendiri berhadapan dengan masalah mulalah kita merasa buntu, keliru, berserabut dan sebagainya.

Masalah yang timbul ni kadang kala disebabkan oleh orang lain ke atas kita. Dan biasalah juga disebabkan oleh kita sendiri, rasanya itulah punca masalah yang paling kerap berlaku

Banyak sebab kita mengapa kita keliru, berdasarkan pengalaman diri, ego kitalah penyebab kita sukar nak menyelesaikan masalah, walaupun kita tahu jalan penyelesaian. Ada juga, disebabkan kita tidak dapat memberi kepercayaan kepada orang lain untuk membantu diri kita,. selain ego , kita tahu bahawa dalam dunia ni bukan semua orang boleh dipercayai, silap silap kita pulak akan ditikam dari belakang.

Ada juga pendapat mengatakan terlalu banyaki berfikir juga menyebabkan jalan penyelesaian menemui jalan buntu.




Lamtas? apakah sifir atau formula yang dapat memecahkan kebuntuan kita?

adakah:

1. mengambil tindakan yang kita rasakan betul itu betul?
2. atau mengambil tindakan berdasarkan apa yang orang lain rasa betul itu yang betul?

atau adakah sifir / formula yang lain. Saya tertanya-tanya........

p/s : buat seseorang yang dikenali...kalau awak terbaca akak nak titipkan sedikit pesanan untuk awak....

JAngan lah mudah menyerah kalah, kehidupan memang begitu, segala masalah datang dan pergi perlu kita harungi. Ibarat lautan kehidupan, kalau kapal kita karam, kita harus terus berusaha berenang ke tepian pantai, kalau kita terus berputus asa kita kan terus tenggelam ke dasar.. Gagahkan diri, kuatkan hati carilah pertolongan . Inshaallah. Masalah yang datang bukan untuk menjatuhkan kita tetapi bagi membolehkan diri kita muhasabah diri kita dan mencari kesilapan diri untuk diperbetulkan lantas menjadikan kita lebih matang merentasi kedewasaan usia kita.

Wednesday, January 19, 2011

Kenapa saya minat sangat drama ni

Salam ceria,
Tadi masa duk kat dapur sambil buat apa yang patut dan sambil fikiran tu melayang-layang teringatkan drama http://www.mysoju.com/sungkyunkwan-scandal/ .  Cuma memikirkan kenapa saya sangat sukakan drama ni berbanding drama-drama yang lain.



Sebenarnya, saya ni memang peminat apa-apa sahaja berunsurkan sejarah dan budaya. Cerita ini mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di sebuah universiti pada era Joseon, ratusan tahun dahulu. Pada zaman tu kaum wanita dihalang untuk mendapatkan pendidikan. Kisahnya seorang gadis Kim Yoon Hee(KYH), anak seorang bekas professor yang telah meninggal dunia terpaksa mencari nafkah hidup untuk membantu ibu dan adik lelakinya yang sakit. KYH menyamar sebagai lelaki dan menggunakan kebolehannya dalam menulis dan membaca dengan mengambil upah menyamar sebagai calon peperiksaan khas untuk ke universiti. Dalam proses tu dia berjumpa pula dengan anak tunggal seorang Menteri, Lee Sun Joon (LSJ) yang sangat berpegang kepda prinsip dan ajaran Confucius.

Menyedari KYH mempunyai kepintaran, dia membantu KYH agar mengambil pepriksaan itu di atas namanya sendiri dan berhenti menyamar. KYH terpaksa menggunakan nama adik lelakinya Kim Yoon Shik(KYS)dan berlakulah macam-macam insiden kerana kedudukan KYS yang menyamar sebagai lelaki tu dan terpaksa berkongsi bilik dengan Lee Sun Joon anak menteri kiri maharaja, seorang yang serius  dan Moon Jae Shin anak lelaki kedua Menteri Kehakiman seorang yang ganas dan panas baran. cerita ni ada unsur sejarah, kelakar, cinta, politik, moral , dan persahabatan.

Bagi saya yang kelakar ialah apabila LSJ menjadi bimbang dan risau kerana takut menjadi gay sebab dia jatuh hati pada KYS, sedangkan KYS tu perempuan. Berlaku konflik di situ.

Watak yang paling saya jatuh hati, Moon Jae Shin (MJS), anak menteri kehakiman yang mengulang tiga kali. Seorang yang ganas, panas baran dan dia yang pertama tahu KYS tu perempuan. Gelihati tengok dia rasa tersiksa kerana terpaksa tidur sebilik dengak KYS dan LSJ setiap malam. Walaupun macho dan agresif tapi apabila berhadapan dengan perempuan MJS ni pasti tersedu(hiccup). Ha ha ha kelakar tengok watak ni sebab terpaksa menahan diri dia daripada tersedu apabila bersama KYS. Selain itu terdapat watak Yeorim seorang yang agak playboy dan dia ni suspicious sangat dengan KYS ni sebab personalitinya yang macam perempuan.

Saya enjoy tengok cerita ni, dapat tengok suasana zaman dahulu, terdapat kelompok sosial yang berbeza. Dalam cerita ni keempat watak menggambarkan empat kelompok sosial yang sepatutnya tak boleh hidup bersama. Tetapi keempat ini berkawan baik dan saling tolong menolong dan melindungi. Mereka sering di salah anggap oleh kelompok pelajar yang lain.

Drama ini dapat menarik penonton untuk menjiwai perasaan watak. contohnya, MJS sangat sukakan KYS tapi dia tak dapat luahkan perasaannya. melindungi KYS tanpa pengetahuan KYS, penonton dapat merasa kesedihan si ganas ini apabila melihat KYS bahagia bersama LSJ. Berdasarkan komen2 peminat cerita ini di YOUTUBE mereka sangat simapati dan meminati watak MJS walaupun ianya cuma watak pembantu sahaja. Begitu berkesannya, lakonan Yo0 Ah In. Dia lebih menonjol daripada watak-watak utama . Sampaikan ada peminat yang menonton cerita ni kerana minat dengan LSJ(Micky Yuchun) berkesudahan jatuh cinta kepada MSJ( Yoo Ah In)

p/s ok nak gi youtube nak cari filem lakonan Yoo Ah In, "Boys of Tomorrow", menarik juga dengarnya. Rupanya Micky tu dah dua kali datang buat persembahan di Malaysia.  Terkenal sebagai penyanyi solo dan kumpulan JYJ.  tapi derang orang Korea ni banyak nama, di Jepun nama lain, dan dia ni macam ada lebih dari satu kumpulan.  hmm tak faham den.

JOM GEGAR BLOG

ha...saya dah lama mengikuti blog ni cuma kekerapan tu bergantung kepada kekerapan saya melayan internet. menarik bagi saya kerana ada ummpph!.. apa ummnya? cubalah ke link yang dimasukkan di sini.





selamat melawat dan menziarah Ben Ashaari punya blog.

Sila klik URL ini

p/s hmm encik Ben tak kira walaupun dah tutup saya tetap nak join gak. tak mainlah nak nangis2 ni.

Ohhhh Obsesiku

Salam comel,




Buat pengunjung yang dikasihi ( keh3 ada ke pengunjung)Rindu rasanya kat blog ni. Lama tak menjenguk dan menghupdet. Maklumlah awal tahun banyak keroje nak dikejarkan. Anak-anak dah start sekolah balik, maknya pun terpaksa kembali ke alam nyata semula setelah sebulan lebih bermimpi.

Berbalik kepada obsesi terbaru. ini pun satu punca kenapa lama tak berblog. Lantaran akibat ter ya bukan sengaja. iaitu tertengok cerita Korea. My Daring Woman. maka terpaksalah saya melayari mysoju.com. nak tahu kenapa terpaksa? sebabnya nak tengok citer tu sampai habis tanpa perlu menunggu ianya tamat di talibesen HD Korea Channel 393. selesai My Daring Woman tengok citer The Man Who Cannot Married dan macam-macam drama lagi. tapi minat macam manapun tak pernah pun tersangkut hati kat pelakonnya melainkan yang satu ni Sangkyungkwan Scandal. Pelakon-pelakonnya memang superb, ekspresi emosi yang dilontarkan amat memberi kesan . PAling minat watak "Moon Jae Shin". Aduh bila tgk gambar2 pelakon nya saya nampak sama je. so camner nak tahu nama sebenarnya. So disebabkan watak MJS tu habihlah keempat-empat watak saya google. Rupanya nama dia Yoo Ah in ataupun nama sebenar Um Hong Sik( siap tahu nama sebenar lak tu tak pornah den buek pe'el camnie) Disebabkan dek Yoo Ah In, saya kenal Micky Yuoochun dll dan wallah den suko semuo. cumell.




huuuuu masih demam SKKS tak selesai lagi mengulangkaji watak dan komen di youtube.

Btw lama tak jenguk blog ni rupanya ada dua orang komen penulisan saya. Bangga rasa hati terima kasih tak terhingga buat yang menjenguk dan menjeling dan juga malah sempat mencorat-coret. Hei gumbiranya rasa dalam hati.....