type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: December 2011

Nuffnang Ads

Thursday, December 8, 2011

KONVOKESYEN OUM KE 11

Selamat berkonvokesyen buat pelajar OUM khasnya buat rakan-rakan seperjuangan mamashima ambilan khas 0ktober 2007, yang akan berkonvo bersama-sama pada 10,11 dan 12 Disember 2011.  


Tahniah buat kalian.


Pejam celik, pejam celik berakhir sudah kisah suka duka kita mencari ilmu sebagai mahasiswa lewat usia dengan rasminya.  Biarlah apa orang nak kata kerana kita pelajar OUM, kerana kita tahu kita ke sana untuk belajar, kita merasa membuat asignment, merasa dimarah oleh tutor (pedihnya sebab kita pun bukan muda lagi, maka sensitif tu dah jadi sensitap), pergi buat kajian diluar huhuhu yang rasanya tak relevan dengan keadaan kita yang bekerja ni.  Yang orang tak tahu, ada ketika kita jadi student kita juga yang mengajar diri kita dan kawan-kawan kita dalam kelas.  KELASS KAU MARIA.  Tutor tokok tambah je apa yang patut.  Memang pembelajaran kendiri.  Kita juga merasa cabaran perit semasa nak mengambil peperiksaan.  Dalam masa yang sama kita sibuk nak menelaah buku, anak-anak dan suami, menuntut perhatian kita.  Boss-boss kita pula sangat tinggi harapan dan tuntutan terhadap kita.  Janganlah buat alasan sibuk nak study ke exam ke asignment ke, pasti secepat itu juga kita diingatkan bahawa syarat kita dibenarkan belajar ialah dalam masa yang sama, kita perlu memastikan tugas kita tidak terjejas.




Pada masa-masa tertentu, Saya  dan beberapa kawan merasa duduk 3 hingga 5 jam mengadap face to face dengan tutor.  Dah jadi macam tutorial peribadi pulak.... fuhh KELASS Kau.  Bagi saya subjek sains politik, tamadun islam, tamadun dunia, antropologi dan sejarah kini menjadi sejarah.  Bercinta rasanya nak gi kelas sebab tajuk ni seronok kalau dibincangkan beramai-ramai.  dah berbincang berdua je dengan tutor, waduh bosannya.  tapi kami sama-sama cuba mengurangkan kebosanan dengan berhenti sekejap, minum2 atau makan2 hehehe. makan bekal yang ada dibawa je.  sampai tutor pun ada cakap kalau awak lelaki, kita duk bincang kat kedai mamak je pun tak pe. hehehhe.  Nasib baik saya perempuan kan, kalau tak habislah duit asyik duk kedai makan je dengan pensyarah setiap dua minggu sekali pagi sampai petang.  hehehe .


Paling serik apabila anak-anak demam, dalam masa yang sama nak pergi ke kelas , konflik sungguh.  Bagi saya yang bernasib baik ni, kredit untuk ibu bapa saya Noor Aishah binti Abd, Rauf dan Hassim bin Hussin.  Merekalah penyelamat , memandangkan kami suami isteri sama-sama belajar. Mereka sanggup membatalkan program mereka supaya dapat menjaga kelima-lima putera saya semasa saya dan suami ke kelas.  Terima kasih mak dan abah, berjuta-juta terima kasih.


Kalau nak diceritakan, tak tertuliskan.  Itulah di antara cabaran yang perlu dihadapi.  buat rakan-rakan guru yang masih belum menyambung pelajaran, sahutlah cabaran, jangan pandang rendah diri kita seolah-olah kita tiada kemampuan dan kekuatan untuk melakukannya.  Sebenarnya anda boleh.  Syabas kak Aishah, Salwah, Kamilah, teman baik sepersekolahan dahulu Adilla, kini sedang berhempas pulas dengan dunia asignment. Dan Noraidah, yang baru memohon saya harap anda berjaya dalam permohonan dan saya yakin anda akan berjaya.  Tempoh 4 tahun tu sekejap aje, percayalah saya sudah melaluinya.  Dan ramai lagi rakan lain yang telah melaluinya malah dengan cabaran yang lebih hebat seperti bersalin, mendapat penyakit kronik seperti kanser, bercerai malah ada yang kematian pasangan hidup dan sebagainya.  Tetapi semua berjaya sampai ke garisan penamat.  Tiga kali tepukan untuk kalian di bahu masing-masing.
Buat para pensyarah @ tutor, jasa kalian kami kenang sampai bila-bila, ilmu yang dicurah akan kami manfaatkan sebaik-baiknya.  Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi kalian. 


Sekian buat kali ini.