type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: July 2011

Nuffnang Ads

Tuesday, July 26, 2011

Dari Kerana Mata...........

Sat sat nak fikir sat,


Tadi mencurah2 ilham datang, konon nak tulis kat blog ni ha.  Alih-alih bila buka notebook ni "hang" lah pulak. Sekarang dah turun ke bawah, langsung lupa nak tulis apa.  tapi tak apa sy cuba sedaya upaya untuk mengingat  kembali,apakah cerita yang nak dikongsi di sini.


Ohh ya baru saya teringat,


Ceritanya ialah tentang dari mata ke mata. Dari mata jatuh ke hati. Begitulah kata-kata orang tua-tua dahulu.


Teringat zaman persekolahan dahulu,  semasa saya masuk ke tingkatan satu, selalu ada usrah kecil-kecilan di asrama putri.  Ketua usrah ni biasalah terdiri daripada kakak-kakak senior.  Antara isi usrah yang saya ingat lagi ialah tentang zina.  Dahsyat kakak-kakak zaman dahulu.  Form three lagi dah pandai bagideramah tentang  zinai. Masih ingat lagi apa bila kakak senior tu menceritakan bahawa zina itu ada permulaannya.  Tanpa permulaan zina tidak akan berlaku.  Jadi kami pun tanyalah apakah permulaan zina itu, menurut beliau, permulaan zina yang paling bahaya ialah datang dari zina mata.  Hah tekejut jugak kami, macam mana mata boleh berzina.  rupa-rupanya zina mata bermula dari berpandangan mata di antara si jejaka dengan si perawan.  Makanya, dipendekkan cerita sejak itu kami berusaha mengawal mata agar tidak berpandangan dengan rakan-rakan lelaki. Takut dapat dosa zina. Perangai ini sampai sekarang saya bawa.  Cuma dahulu agak keterlaluan akibat pemahaman melampau sikit masa tu.  Dulu kalau berjalan sentiasa tunduk ke tanah sampaikan mak saya tegur kenapa lah sejak balik dari asrama tak pandai nak berjalan dengan mata pandang ke hadapan.


Seiring dengan peningkatan umur , saya mula memperbaiki diri kerana teguran-teguran ahli keluarga.  Saya mula memandang muka orang yang saya lawan bercakap.  Saya belajar untuk melihat wajah seseorang itu secara menyeluruh (masih cuba mengelak dari bertentang mata),  Keburukannya, saya susah nak ingat muka orang secara terperinci. tapi apa boleh buat dah jadi tabiat.


Dua tahun lepas, seorang tokoh pidato datang ke sekolah saya untuk memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid tahun enam.  Dato’ Dr. Syed Ahmad Bin Syed Samsuddin Al-Saggof seorang tokoh pidato Nusantara.  Saya perasan (perasan pulak dahh) semasa beliau berceramah, beberapa kali , dia bersabung mata dengan saya.  Perhhh terkesan dengan sikapnya , saya mula memberikan tumpuan kepada ceramah ketika itu, walaupun kepala saya tengah sibuk memikirkan agenda seterusnya kerana majlis itu di bawah kelolaan saya.


Langsung saya perhatikan, murid-murid tahun enam mendengar ceramah beliau dengan khusyuk walaupun memakan masa dua jam.  Kalau menurut kebiasaan murid sekolah rendah ni, sejam itu ibarat duduk di atas bara yang panas.  Saya perhatikan Yang berbahagia Dato Syed Ahmad ni, dengan intonasi suara yang sering berubah-ubah, saya perasan beliau sentiasa membuat eye contact dengan pendengarnya. Ya ...saya sendiri merasakan kesan daripada eye contact tersebut.  Saya lihat beliau berusaha  untuk membuat hubungan mata dengan setiap murid termasuk guru yang hadir duduk dihadapan mahupun Guru Besar yang duduk dibelakangnya iaitu di meja utama sambil bercakap .  


Dengan itu, saya membuat kesimpulan, hubungan mata dengan audien amat penting.  Kerana dengan adanya hubungan itu audien merasakan dirinya sentiasa diperhatikan  dan juga merasakan dirinya dihargai dan istimewa.  Pada saya apabila mendapat perhatian daripada penceramah secara tidak langsung saya merasakan apa yang disampaikannya adalah penting dan saya perlu mendengar dengan teliti.


Maka, mulai hari itu saya mula mengadakan hubungan mata dengan murid-murid saya,  Semasa bercakap saya berusaha untuk bersabung mata dengan mata setiap orang murid.  Dan hasilnya saya dapati , semua mata memerhatikan saya dengan minat.  Alhamdulillah.  sekarang sedang menjadikan amalan ini tabiat di dalam kelas.


Baqi yang telah melakukannya tahniah, anda advance daripada saya.  Saya baru sahaja mendapat ilmu ini dan baru je nak memulakannya.  Bagi yang belum buat cubalah, terutama sekali jika anda seorang guru.  Jika kita mahu mendapat perhatian , kita hendaklah memberikan perhatian dahulu kepada orang itu,
Akhirul kalam..PERHATIAN!!!!!!.......................SAYA......................
byee

Monday, July 25, 2011

BESTNYA KURSUS

 Salam ceria,

Wah malam ni rancak pulak idea yang nak keluar.  Ini posting kedua dalam beberapa minit.  Bukannya apa saja nak kongsi pengalaman berkursus Bina Negara.  Sebagai guru yang merupakan arkitek generasi akan datang sememangnya sesuai sangatlah kursus bina negara diikuti.

Bimbang juga masa nak pergi. macam-macam cerita didengar tentang kursus ni.  Maklumlah ini kali pertama saya menyertainya.  namun demikian ..wow superrb...memang berbaloi pergi kursus tu.  Jurulatih dan fasilitator begitu peramah dan mesra.  Dah lama tak tergelak beriya2.  masa sesi ceramah tak kering gusi mendengar lawak jenaka yang berselang seli dengan nada serius.  
Di samping itu, seronok jadi budak2 semasa aktiviti permainan.  sampai meniarap atas rumput.  berpuluh tahun dah tak buat macam itu. 
paling best.... sebelum berangkat pulang, aktiviti kajian sikap, yang terbaik hehehe. dapat cuci mata dan sambar mana-mana yang patut.  Kajian dijalankan di Padang Besar .  boleh agak tak apakah hasil daripada kajian itu. 
Terbest the bomb pula, kawan-kawan yang sporting dan saling memahami. tak boleh lupa, sama-sama sedih sebab terpaksa bertukar hidangan yang kami masak dengan kumpulan lain.  
Semoga kursus ini dapat memantapkan hubungan kami GBKSM di Daerah  Seremban.  

Pergi ke Perlis menaiki bas,
Naik bas bersama rakan-rakan,
Gua Kelam kenangan berkursus,
jadi ingatan manis sepanjang zaman.

Segala ilmu dan pengalaman yang berharga yang telah dikutip akan disemat di dalam minda dan jiwa agar dapat menjadi penawar bagi penyakit, menjadi alat untuk mencipta, menjadi perisai untuk bertahan, menjadi bekal berkelana.

  

Bulan syaaban di dalam kenangan

Salam ukhuwah,

Dah lama saya tak menjenguk blog kesayangan saya ni. Hmm kalau rumah, dah bersawang-sawang tentunya.  Silap-silap dah jadi tempat jin bertandang.

Bukan takda masa cumaaa, sejak menamatkan pengajian di OUM, semacam ada satu rasa untuk berehat daripada merayau-rayau di alam tanpa sempadan dan penjuru ini.  Berehat daripada mengetik papan kekunci.

Hari ini rasa terpanggil untuk menulis memandangkan hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan ibadah lagi penuh keberkatan.

Sekali lagi syaaban menjadi bulan kesedihan buat saya.  Syaaban tahun lepas saya kehilangan bekas anak murid yang merupakan kawan baik anak saya juga saya anggap seperti anak saya sendiri.  Perginya secara tiba-tiba sahaja , jatuh semasa sedang belajar di dalan kelas, lalu menghembuskan nafas terakhir di hadapan rakan-rakan dan guru-guru.   Kali ini, pada tahun ini, kehilangan bapa saudara pula.

Ini semua menginsafkan bagi saya, betapa nyawa kita ini hanya sementara. Dipinjamkan oleh pemiliknya hanya sekadar waktu sahaja.

Ramadhan tibalah tahun ini. semoga kali ini bukan yang terakhir buat kami.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami , di dalam menjalankan urusan dunia kami dan juga urusan akhirat kami. Amiin.