type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: Bulan syaaban di dalam kenangan

Nuffnang Ads

Monday, July 25, 2011

Bulan syaaban di dalam kenangan

Salam ukhuwah,

Dah lama saya tak menjenguk blog kesayangan saya ni. Hmm kalau rumah, dah bersawang-sawang tentunya.  Silap-silap dah jadi tempat jin bertandang.

Bukan takda masa cumaaa, sejak menamatkan pengajian di OUM, semacam ada satu rasa untuk berehat daripada merayau-rayau di alam tanpa sempadan dan penjuru ini.  Berehat daripada mengetik papan kekunci.

Hari ini rasa terpanggil untuk menulis memandangkan hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan ibadah lagi penuh keberkatan.

Sekali lagi syaaban menjadi bulan kesedihan buat saya.  Syaaban tahun lepas saya kehilangan bekas anak murid yang merupakan kawan baik anak saya juga saya anggap seperti anak saya sendiri.  Perginya secara tiba-tiba sahaja , jatuh semasa sedang belajar di dalan kelas, lalu menghembuskan nafas terakhir di hadapan rakan-rakan dan guru-guru.   Kali ini, pada tahun ini, kehilangan bapa saudara pula.

Ini semua menginsafkan bagi saya, betapa nyawa kita ini hanya sementara. Dipinjamkan oleh pemiliknya hanya sekadar waktu sahaja.

Ramadhan tibalah tahun ini. semoga kali ini bukan yang terakhir buat kami.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami , di dalam menjalankan urusan dunia kami dan juga urusan akhirat kami. Amiin.

No comments:

Post a Comment