type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: Dan.......rindu ini..

Nuffnang Ads

Wednesday, January 26, 2011

Dan.......rindu ini..




Salam rindu,

rindunya...

HAri ni sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah, dengar saluran radio kegemaranku, Hot FM. tatkala kedengaran lagu Hujan "Bila Aku Sudah Tiada"mengalir airmata kesedihan.Lagu ni memang membuatkan saya merasa sedih sejak pertama kali saya dengar beberapa tahun lalu.

Masa tu lagu baru diputarkan di radio, mama baru jek kehilangan seorang yang amat di sayangi bukan saya sahaja, bahkan seluruh ahli keluarga kami. Allahyarham Mohd Firdaus bin Mohd Ali Amran(ALfatihah buatnya. Salah seorang sepupu lelaki daripada beberapa kerat sahaja lelaki di antara sebilangan ramai sepupu perempuan (keluarga kami memang ramai perempuan)

Arwah meninggal dunia akibat penyakit misteri setelah menderita selama beberapa bulan. Sedih mengenangkan arwah kerana masa dia sakit tu dia baru je dapat kerja di SIRIM. Tak sampai beberapa bulan bekerja musibah menimpa. Pada mulanya setelah beberapa lama sakit dia beransur sembuh. Sempat mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya. Namun apakan daya, beberapa bulan selepas itu arwah menyahut panggilan ilahi.
Daus, rindu along kat Daus, rasanya belum puas melihat detik-detik indah dalam kehidupan Daus, Daus sudah meninggalkan kami. along doakan Daus semoga ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan dikasihi Allah. Daus Pergi buat selama-lamanya dalam usia indah remaja iaitu pertengahan usia 20 an. Kalau boleh ingin menatap gambar Daus, tapi apakan daya gambar daus tiada dalam simpanan.

Belum sembuh luka di hati dengan pemergian Daus, menyusul pula Allahyarham Zulkifli bin Jaafar, sepupu kami juga. Jatuh sakit semasa dalam perancangan untuk mengikat tali pertunangah dengan buah hatinya. Oleh kerana, arwah sedang terlantar maka majlis ditangguhkan. Jui panggilan keluarga terlantar di Hospital Selayang sehingga menghembuskan nafas terakhir dalam usia 29 tahun ,kalau tak silap. Along rindu juga kat Jui, kami pendamkan rindu kami buat Jui dengan iringan doa semoga Jui bahagia di sana. Kami kehilangan seorang lagi ahli lelaki dalam keluarga kami. Di saat meniti kebahagiaan hidup, Jui kau pergi jua meninggalkan kami didalam kesedihan disebabkan oleh penyakit misteri itu.

Hari Raya Haji hari yang kedua 2009, sekali lagi kami dikejutkan dengan pemergian seorang lagi sepupu lelaki, Hisyam Md. Zain, dalam usia 27/28 tahun. Kematian misteri yang masih menyedihkan dan meninggalkan trauma buat kami sekeluarga. Dia dijumpai meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan di dalam proton wira kesayangannya. KAmi sekeluarga bingung kerana dia seorang yang sopan, lemah lembut, suka menolong orang(dikuatkan lagi oleh cerita dari orang-orang yang pernah ditolongnya.)punya kerjaya yang menjanjikan masa depan yang cerah di Pos Malaysia. Siapakah? haiwan bertopengkan manusia yang sanggup meragut nyawanya tanpa belas kasihan? Kes masih lagi tergantung. Saat-saat akhir masa hari raya pertama dia sangat ceria, sibuk mengambil gambar-gambar keluarga, tetapi tidak ada satupun gambarnya ditinggalkan. Sham macam mana kami nak lepaskan kerinduan kami kerana hanya dapat menatap gambar-gambar lama je. saat gembira yang terakhir hanya tinggal di dalam ingatan kami sahaja.

rindu ini juga mengajar bahawa mati itu pasti, ternyata seorang lelaki dalam keadaan fizikal terbaik di dalam keseluruhan usianya, tidak dapat lari daripada ajal. Tidak kira walau betapa canggihnya manusia di dalam dunia perubatan, masih ada juga penyakit yang tak mampu dihuraikan oleh sains. Betapa kerdilnya manusia di sisi Allah.
Sering kali kita rasa apabila kita menjalani kehidupan yang baik, tak mungkin ada orang yang akan berniat jahat terhadap kita. tapi kita harus insaf bahawa dunia ini mengandungi bermacam-macam ragam manusia, ada juga manusia yang merasakan hidupnya tidak tenang apabila melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Orang seperti ini hanya akan menjadi tenteram setelah dapat melihar orang yand dibencinya hancur dan musnah. Dia lupa atau buat -buat lupa bahawa sepertimana dia. orang lain juga mempunyai ahli keluarga yang menyayangi mereka. Manusia kejam ini hidup hanya di atas penderitaan orang lain.
Buat arwah adik-adik along, along akan sentiasa mengingati kalian dan mendoakan kalian setiap kali rindu ini datang menerjah.
AlFatihah., AlFatihah, AlFatihah

No comments:

Post a Comment