type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: Ohhhh Obsesiku

Nuffnang Ads

Wednesday, January 19, 2011

Ohhhh Obsesiku

Salam comel,




Buat pengunjung yang dikasihi ( keh3 ada ke pengunjung)Rindu rasanya kat blog ni. Lama tak menjenguk dan menghupdet. Maklumlah awal tahun banyak keroje nak dikejarkan. Anak-anak dah start sekolah balik, maknya pun terpaksa kembali ke alam nyata semula setelah sebulan lebih bermimpi.

Berbalik kepada obsesi terbaru. ini pun satu punca kenapa lama tak berblog. Lantaran akibat ter ya bukan sengaja. iaitu tertengok cerita Korea. My Daring Woman. maka terpaksalah saya melayari mysoju.com. nak tahu kenapa terpaksa? sebabnya nak tengok citer tu sampai habis tanpa perlu menunggu ianya tamat di talibesen HD Korea Channel 393. selesai My Daring Woman tengok citer The Man Who Cannot Married dan macam-macam drama lagi. tapi minat macam manapun tak pernah pun tersangkut hati kat pelakonnya melainkan yang satu ni Sangkyungkwan Scandal. Pelakon-pelakonnya memang superb, ekspresi emosi yang dilontarkan amat memberi kesan . PAling minat watak "Moon Jae Shin". Aduh bila tgk gambar2 pelakon nya saya nampak sama je. so camner nak tahu nama sebenarnya. So disebabkan watak MJS tu habihlah keempat-empat watak saya google. Rupanya nama dia Yoo Ah in ataupun nama sebenar Um Hong Sik( siap tahu nama sebenar lak tu tak pornah den buek pe'el camnie) Disebabkan dek Yoo Ah In, saya kenal Micky Yuoochun dll dan wallah den suko semuo. cumell.




huuuuu masih demam SKKS tak selesai lagi mengulangkaji watak dan komen di youtube.

Btw lama tak jenguk blog ni rupanya ada dua orang komen penulisan saya. Bangga rasa hati terima kasih tak terhingga buat yang menjenguk dan menjeling dan juga malah sempat mencorat-coret. Hei gumbiranya rasa dalam hati.....

2 comments:

  1. Salam Shima... ooo patutlah dok dendiam je ye, rupa-rupanya pi ziarah Korea... sampai hati tak mengajak saya... hehehe. Meh kita meriahkan semula blog kesayangan kita ni.. (berfesbuk dah naik penat, kengkawan pun dah melambak kita jumpa.. tibalah masanya kita bermanja-manja pulak dgn buku catatan kita ni kan... selamat berblogging!!!

    ReplyDelete
  2. hehehe tak dapat gi hidup2(alive) pg kat drama je lah nampak eh. Thx Dilla menyompek gak yo. den pun dah berjalan2 kek blog Dilla tu. best gang plastisin tu. tapi drama korea betul ketagih di buek eh.

    ReplyDelete