type='text/javascript'/> Jeling2 Pandang2: Kenapa saya minat sangat drama ni

Nuffnang Ads

Wednesday, January 19, 2011

Kenapa saya minat sangat drama ni

Salam ceria,
Tadi masa duk kat dapur sambil buat apa yang patut dan sambil fikiran tu melayang-layang teringatkan drama http://www.mysoju.com/sungkyunkwan-scandal/ .  Cuma memikirkan kenapa saya sangat sukakan drama ni berbanding drama-drama yang lain.



Sebenarnya, saya ni memang peminat apa-apa sahaja berunsurkan sejarah dan budaya. Cerita ini mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di sebuah universiti pada era Joseon, ratusan tahun dahulu. Pada zaman tu kaum wanita dihalang untuk mendapatkan pendidikan. Kisahnya seorang gadis Kim Yoon Hee(KYH), anak seorang bekas professor yang telah meninggal dunia terpaksa mencari nafkah hidup untuk membantu ibu dan adik lelakinya yang sakit. KYH menyamar sebagai lelaki dan menggunakan kebolehannya dalam menulis dan membaca dengan mengambil upah menyamar sebagai calon peperiksaan khas untuk ke universiti. Dalam proses tu dia berjumpa pula dengan anak tunggal seorang Menteri, Lee Sun Joon (LSJ) yang sangat berpegang kepda prinsip dan ajaran Confucius.

Menyedari KYH mempunyai kepintaran, dia membantu KYH agar mengambil pepriksaan itu di atas namanya sendiri dan berhenti menyamar. KYH terpaksa menggunakan nama adik lelakinya Kim Yoon Shik(KYS)dan berlakulah macam-macam insiden kerana kedudukan KYS yang menyamar sebagai lelaki tu dan terpaksa berkongsi bilik dengan Lee Sun Joon anak menteri kiri maharaja, seorang yang serius  dan Moon Jae Shin anak lelaki kedua Menteri Kehakiman seorang yang ganas dan panas baran. cerita ni ada unsur sejarah, kelakar, cinta, politik, moral , dan persahabatan.

Bagi saya yang kelakar ialah apabila LSJ menjadi bimbang dan risau kerana takut menjadi gay sebab dia jatuh hati pada KYS, sedangkan KYS tu perempuan. Berlaku konflik di situ.

Watak yang paling saya jatuh hati, Moon Jae Shin (MJS), anak menteri kehakiman yang mengulang tiga kali. Seorang yang ganas, panas baran dan dia yang pertama tahu KYS tu perempuan. Gelihati tengok dia rasa tersiksa kerana terpaksa tidur sebilik dengak KYS dan LSJ setiap malam. Walaupun macho dan agresif tapi apabila berhadapan dengan perempuan MJS ni pasti tersedu(hiccup). Ha ha ha kelakar tengok watak ni sebab terpaksa menahan diri dia daripada tersedu apabila bersama KYS. Selain itu terdapat watak Yeorim seorang yang agak playboy dan dia ni suspicious sangat dengan KYS ni sebab personalitinya yang macam perempuan.

Saya enjoy tengok cerita ni, dapat tengok suasana zaman dahulu, terdapat kelompok sosial yang berbeza. Dalam cerita ni keempat watak menggambarkan empat kelompok sosial yang sepatutnya tak boleh hidup bersama. Tetapi keempat ini berkawan baik dan saling tolong menolong dan melindungi. Mereka sering di salah anggap oleh kelompok pelajar yang lain.

Drama ini dapat menarik penonton untuk menjiwai perasaan watak. contohnya, MJS sangat sukakan KYS tapi dia tak dapat luahkan perasaannya. melindungi KYS tanpa pengetahuan KYS, penonton dapat merasa kesedihan si ganas ini apabila melihat KYS bahagia bersama LSJ. Berdasarkan komen2 peminat cerita ini di YOUTUBE mereka sangat simapati dan meminati watak MJS walaupun ianya cuma watak pembantu sahaja. Begitu berkesannya, lakonan Yo0 Ah In. Dia lebih menonjol daripada watak-watak utama . Sampaikan ada peminat yang menonton cerita ni kerana minat dengan LSJ(Micky Yuchun) berkesudahan jatuh cinta kepada MSJ( Yoo Ah In)

p/s ok nak gi youtube nak cari filem lakonan Yoo Ah In, "Boys of Tomorrow", menarik juga dengarnya. Rupanya Micky tu dah dua kali datang buat persembahan di Malaysia.  Terkenal sebagai penyanyi solo dan kumpulan JYJ.  tapi derang orang Korea ni banyak nama, di Jepun nama lain, dan dia ni macam ada lebih dari satu kumpulan.  hmm tak faham den.

No comments:

Post a Comment